Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Al-Fatihah

Semalam.. 9 Oct, semasa aku sedang bersiap2 untuk memandikan Amiera... dapat panggilan daripada abang aku... mak saudara aku meninggal dunia... akhirnya kembali juga seorang hamba Allah pada hari Khamis.. moga roh nya dicucuri rahmat.. aminnnnnnnnn... al-fatihah..

Ingat n3 pasal hari raya pertama sebelum ni?? yang aku ke Hospital Selayang melawat mak sedara yang sedang sakit.. masa melawat tu dia masih ok lagi.. doc pulak tak kata apa2..

Kemudian, pada hari Selasa 7 Oct, dia koma... itupun selepas doc memasukkan ubat kat badan dia.. selepas di desak oleh abang saya.. barulah doc menerangkan yang mak sedara saya tu mengidap kanser hati di tahap serius..

Pada 8 Oct.. selepas waktu kerja.. aku rasa nak sangat tengok mak saudara aku tu.. manalah tahu takut aku tak sempat.. walaupun dia dalam keadaan koma.. sampai gaduh2 aku ngan hubby.. yelah dah petang kan.. nak patah balik ke KL tu.. dengan hujannya.. bukannya senang.. aku plan kalau hubby tak larat biarlah aku pergi esok sahaja.. walaupun dalam hati ni rasa nak jugak pergi... last2 hubby decide kami pergi jugak.. alhamdulillah.. marah2 sayang kata orang.. hehhehehe..

Sampai di Hospital dah pukul 7.30, waktu lawatan pun dah tamat.. tapi kami beri alasan yang memang munasabah.. mak sedara sedang tenat.. nasib baik guard tu baik hati.. sedih aku tengok mak sedara aku tu.. pernafasan dia turun naik.. hubby suruh aku selawat kat ubun2 mak sedara aku tu.. supaya sejuk sikit.. kerana di situlah roh kita akan keluar.. aku juga berpesan kepada sepupu aku supaya sentiasa berselawat kat ubun2 mak dia..

Hampir 2 jam kami di sana.. kami pun pulang dengan doa semoga mak sedara aku atau 'mak' gelaran yang aku panggil.. sembuh sediakala.. tetapi sekiranya telah dijanjikan Allah ajalnya telah sampai.. permudahkanlah segalanya.. kami semua redha jika itu telah ditakdirkan..

Syukur alhamdulillah.. aku sempat menemui mak sedara aku tu.. beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir selepas azan subuh berkumandang... dengan tenang pernafasannya berhenti secara perlahan2... itu yang diceritakan oleh sepupu ku..

Jenazah juga telah dikebumikan pada hari yang sama.. sebelum Asar.. ketika hujan turun membasahi bumi.. seolah2 meratapi pemergian beliau.. semuanya berjalan dengan lancar.. tenang.. dingin... al-Fatihah...

Comments

marie said…
Salam Takziah dari saya sekeluarga..semoga roh Allahyarhamah dirahmatiNya. Alfatihah, amin

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah