Wedding of The Year

Uols jangan sangka plaks aku nak citer kisah si Mawi ngan Ekin tu... kebetulan jerk diorang buat dalam bulan 12 ni.. tapi aku nak citer pasal opismate aku yang kahwin.. si adik cun tu.. kan dulu aku dah promise nak citer pasal majlis kahwin dia.. itupun kalau aku dapat pergi.. alhamdulillah kami sampai juga ke rumahnya..

Malam sebelum majlis.. kami dah gerak dulu ke Ipoh.. umah MIL aku.. senang sikit.. esok2 takdelah kami terkejar2 sangat.. umah pengantin kat Batu Kurau.. uols tahu ke Batu Kurau tu kat mana??? nun jauh kat utara.. kat belah Taiping nun.. jauh siot..

Esoknya.. dalam pukul 11 kalau kalau tak silap aku laaa.. dah lupa laaa... kami bertolak dari Ipoh.. sampai kat highway lepas Tol Ipoh Selatan.. jalan jem siot... lama tul.. sampai kan semua pemandu dah wat pesta hon... hahhahahhahah... aku relax jerk.. malas nak keruhkan keadaan.. dahlah hubby aku tengah bengang.. baik aku senyap jerk.. kang tak pasal2 dia patah balik..


keadaan highway yang slow nak mampos!

Amiera pun dah bosan sampai tertidur..

Member aku yang dari Putrajaya pun tersekat.. tapi diorang jauh ke belakang sikit dari kami.. dahlah perjalanan yang jauh.. kena tempuh pulaks jalan yang jem.. tak tahu apa puncanya..

Bila kami dah nak sampai ke satu tempat tu.. barulah diketahui.. punca kesesakan tu disebabkan lori yang tersekat.. mungkin tayar dia problem kot.. ntahlah.. tapi yang pasti lori tu telah menghalang laluan.. bila lori telah ditarik ke tepi.. baru lah kami bleh lalu.. alhamdulillah..

Perjalanan lebih kurang 1 jam setengah ke Batu Kurau.. akhirnya sampai juga berdasarkan peta dalam kad jemputan.. walaupun kami tersesat sikit simpang nak masuk ke rumah pengantin.. tapi bisa di atur.. bleh tanya orang..


hubby dah bising sebab aku tak jalankan tugas sebagai co-pilot... hahhahaha.. co-pilot rabun daaa.. baru terhegeh2 nak cari spec..

Sampai sana lebih kurang jam 1.30 tengahari.. suasana kampung.. memang seronok.. terdengar lagu2 nasyid berkumandang... si adik cun ni alim.. hubby dia pun sama.. so, takde joget lambak bagai.. takde karaoke bagai.. takde renjis merenjis ni.. ikut cara Islam yang sebenarnya.. respeks lah..

Kedatangan kami bagaikan tidak di layan pada mulanya.. aku pun terpinga2 nak jumpa siapa sebab tak kenal sedara maranya.. then aku terjah jugaklah.. nampak pengantin tengah bergambar.. aku pun masuk.. nasib baik ada orang menyapa.. aku hulur ler hadiah tu.. sambil2 pengantin tengah posing.. aku pun tak lepas peluang ambik gambar sat.. bila tengok pengantin dok sibuk berposing.. aku pun ajak hubby pi makan walaupun takde orang yang pelawa kami makan.. hahhahahhahaha.. yelah kan.. dah nama pun majlis perkahwinan.. hehhehehe.. pi makan jelah.. takkan nak duk menyemak dalam rumah tu..


gambar pengantin yang mula2 aku snap.. makin cun si pengantin tu..

Member kami yang termiss simpang tol Kamunting / Taiping sampai jugaks... kami pun dah habis makan.. tengah tengok pengantin takde aktiviti.. aku pun ajak bergambar.. bila lagi kan.. ingat aku nak bla pastu.. tetapi atas permintaan pengantin.. mintak kami tunggu sat untuk acara potong kek... aku pun rasa serba salah gaks.. so, tunggu lah kejap..

















kami bergambar bersama..


Amiera malu2 laks dengan aunty cun yer..

aunty suh pegang bunga pun malu2.. apalah Amiera ni..

sambil menunggu tu sempatlah aku snap apa yang patut... hikss.. so, layannn..


pelamin yang simple tapi menarik..


kamar pengantin... waaaa... hehhehehhehe...

aku dan member2 opis..


jenuh nak ambik gambar Amiera senyum.. ini pun kebetulan dapat snap macam ni..


member aku yang kepenatan.. amboi merahnya Kak Sherry.. Eida.. you look blue.. dik mai yang serba orange..


lagat Amiera yang tak soker bergambar...


gift yang kami terima dari pengantin.. thanks..

Amiera yang tak duk diam.. kejap ikut papa dia kat keluar yang tengah best minum kopi.. first time pi kenduri ada buat air kopi...


cheeeeeseeeeee.... eh..ehh.. eh.. Eida.. mana satu pengantin ni.. awat hang dekat bebenor ngan pengantin lelaki tu.. kang ada yang kuar silat.. "langkah mayat aku dulu tau! hmm.. menci tau!malam ni u tidur kat luar!"... hahahhahahhahah... ayat dalam hati jerk... sebab tu pengantin pompuan tak mau pandang... hikss... jangan mare aaaaa...
ehh...ehh.. ada cicak melekat kat dindinglah...

suker aku ngan gambar ni..


Amiera ngan papa laks.. asyik ngan mama jerk..

Tunggu.. punya tunggu.. kek tak muncul2... hahahhahhaha.. kesian pengantin.. mesti penat nak bergambar.. last2 hampir kul 3.30 petang kami sepakat mintak diri dulu sebab dah lewat.. masing2 ada plan... especially aku laaaa... baik punya planning...


Nak tahu apa planning aku pasni??? tungguuuuuuuuu...


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (74) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (114) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty