Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Info Please!!!

Salam semua..

Uols nak tahu, Amiera dah 6 tahun.. next year dah kena masuk Darjah 1..

Kita semua kan pernah ada memori tersendiri memasuki sekolah dalam darjah 1.. ada yang menangis.. menjerit nak balik.. duk tepi tiang mengenang nasib kena hantar sekolah.. macam2 lagi laaa.. tetapi pengalaman tu tak sama sebagai ibu bapa yang akan menguruskan anak untuk masuk ke Darjah 1.

So, kalau uols ada info2 share ler ngan aku yerk.. kepada parents yang hantar anak sekolah di area Putrajaya ni, informasi anda amatlah dialu2kan..

Antara perkara-perkara yang aku nak tahu:-

1. Proses pendaftaran di sekolah. Bulan bila selalunya pendaftaran boleh dilakukan di sekolah? Setelah borang di hantar, bilakah pihak yang berkenaan kebiasaannya menghantar surat kelulusan / makluman kepada ibu bapa perihal kemasukan anak2 ke sekolah terbabit. Adakah apa2 taklimat di beri kepada ibu bapa? Pihak mana yang perlu dihubungi untuk mengetahui status pendaftaran kemasukan Darjah 1?

2. Yuran pendaftaran sekolah. Bilakah yuran perlu di bayar?? Adakah pada hari pertama pendaftaran? Selain yuran pendaftaran, adakah yuran-yuran lain yang perlu dibayar?

3. Pakaian sekolah. Warna rasmi?

4. Buku teks. Adakah semua sekolah menyediakan buku teks kepada semua pelajar? Bilakah buku teks di beri kepada pelajar2?

5. Perbelanjaan harian anak2. Sehari berapa diberikan kepada anak2? Bagaimana untuk ajar anak2 berbelanja?

6. Waktu masuk sekolah dan tamat sekolah?

7. Perkhidmatan van / bas sekolah khusus bagi anak2 yang transit dari taska. No. Telefon perkhidmatan bas / van yang boleh dihubungi? - area Putrajaya sahaja

8. Sekolah agama di sebelah petang di area Putrajaya?

Sebarang info pls email to me yaaa.... arina_melissa_idayu@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah