Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

PINK Digi Cam ku..

Tahun ni.. ikut checklist.. impian kedua ku dah tercapai.. walaupun apa yang diimpikan sebenarnya lain.. yang dibeli lain.. tak kisah! asal PINK..


inilah sebenarnya impian aku.. tapi... ikutilah kisah aku dan Digi Cam PINK ku.. huhu..

Lepas kami pi wat rawatan Fateh ngan Amiera di AnNur.. (psstttt.. nanti aku story pasal Fateh 7 bulan dan Amiera yang menangis tersedu sedan..).. hubby ajak ke Alamanda.. sajer jalan2.. round sana.. round sini.. time nak balik tu... aku terpandang ler kedai jual kamera ni.. so, sajer ler nak window shopping.. konon2nya nak survey dulu..

Asalnya memang aku survey kamera Sony ni.. si tokey tu pulaks.. dok promote Lumix, Panasonic... siap tunjuk beza kualiti gambar lagi.. katanya Sony mahal dan beza hanya dari segi touch screen dan lebih kepada gaya.. kalau dari segi kualiti gambar yang dihasilkan Lumix lebih baik.. harga pun berpatutan.. kebetulan pulaks.. memang ada color PINK.. berkenan gak ler..

Belek punya belek.. memang berkenan ler.. bila difikirkan balik.. memang Sony tu cantik dan elegan.. tapi kos pun tinggi.. kalau nak beli pun.. tak semestinya dapat beli tahun ni.. ntah2 dua tiga tahun lagi.. yer lah kan aku ni bukannya kayo pun.. actually kamera yg aku guna ni ok lagi cuma masalah bateri.. sekejap jer dah habis.. maklumlah dah 4 tahun aku beli.. kadang nak ambik gambar selalu miss.. tension gak ler..

Kata putus.. beli gak ler.. hopefully pasni selesa ler sikit aku nak snap gambar..



amacam cantik tak?? casing warna pink tak ado laaa.. color peach ada laaa tapi tak cantik.. pudar jer.. akan ku cari jua satu hari nanti..

tahun depan nak tukar apa plak yer?? idea dah ada.. cuma ongkos jer laaa..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah