Cirit Yang Belum Ada Kesudahan

Dah hampir seminggu Fateh cirit birit..

Puncanya aku tak tau.. samada pemakanan dia kat taska.. atau pun hal lain.. sebab Fateh ni kalau makan suka sepah2.. pastu kadang2 suka ngutip.. itu yang aku risau..

Aku bagi dia ubat Smegta dan air garam (tak tau nama ubat)..  tapi masih tak sembuh2.. nasib baik punggung dia tak berapa merah sangat.. risau tang kat situ jerk..

Selain tu.. aku stop dulu susu tambahan iaitu Susta Choc utk kurangkan cirit.. tapi still tak berkesan..

Semalam.. tekad untuk stop susu Enfagrow yang diminum sekarang ni.. bergegaslah kami ke C4.. mula2 nak guna susu selain dari keluaran MeadJohnsons.. tapi bila difikirkan balik.. serasi ke tak?? kalau tak serasi.. naya jerk.. bertambah cirit dia karang.. untuk mengurangkan risiko.. kami terpaksa ambil Enfalac Lactoce Free (susu ni memang dia pernah minum masa dia cirit birit sebelum umur dia setahun dulu).. ha kooo.. melayang hampir RM100.. giler mahal.. dulu kalau tak silap aku takdelah mahal sangat.. tapi sekarang.. tak ingat mahalnya..

Bila aku buat susu baru ni... nak tau apa reaksi Fateh...???

Boleh dia geli geleman ngan susu tu.. buat gaya2 nak muntah dia.. langsung dia reject terus susu tu... erghhhh.. tensionnya aku.. dahlah susu ni mahal.. kita nak dia cepat sihat..

Nak tak nak pagi tadi aku bekalkan juga susu biasa.. tu pun aku campur sket jer ngan susu Lactoce Free ni.. kat taska terpaksalah dia minum gaks susu kegemaran dia tu.. takut karang seharian dia tak nak minum susu kalau aku bekalkan susu Lactoce Free ni..

Ada cara lain tak eh?? kalau dia tak sembuh2 jugaks.. terpaksa lah bawak di ke klinik pakar kanak-kanak An-Nur.. jangan kena tahan wad sudah.. risau ni..

Lepas kami pi cari susu tu.. alang2 jalan2 gak ler kat sekitar Alamanda kan.. letih oooo.. Fateh ni makin lasak.. kalau dilepaskan berlari tak hengat dunia.. letih aku ngejarnya.. bila di dukung.. menangis2 nak dilepaskan..

Aksi anak2 aku kat Al-Ikhsan.. terpaksa aku 'kurung' kat sofa.. kalau tak jenuh sebab si Fateh asyik nak tendang bola jerk..


4 omelan:

syalinda johari said...

kak iena, cuba try susu soya isomil.
dulu Asiff kena cirit birit, Doktor suh bg susu tu seminggu. mmg lega laa sehari lepas minum susu tu, lepas lega baru tukar ke susu asal dia kembali

Faina Arisya said...

syalinda..

memang asalnya nak ambik isomil.. tapi.. risau takut dia tak nak minum dan takut lagi melarat.. ingatkan ambik yg produk sama dia nak minum.. mmm.. membazir jerk..

syalinda johari said...

oo..dh lega belom neh..harap2 fateh cepat lega, cirit birit neh nnt susut berat badan

Faina Arisya said...

belum lega lah ni.. tu yang dok risau.. so far berat dia tak sure lah pulaks turun ke tidak..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (151) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty