Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Ayam Goreng Marmite BlackPepper

Mesti korang heran kan.. sejak dua menjak ni aku asyik dok papar pasal makanan jer kan... nak2 pulak berkaitan ngan Marmite..

Uols yang tak tau pasal Marmite leh search kat google ok.. tak pun pi kat website dia.. http://www.marmite.com/ ..

Ni resepi kedua aku selepas sup makaroni Marmite..

Aku terpaksa mempelbagaikan resepi menggunakan Marmite ni sebabnya Marmite tu akan expired lagi sebulan.. sayang oooo nak biarkan macam tu jerk.. tulah kan... dulu2 tak sibuk2 nak masak guna Marmite.. padan muka aku..

So, juadah yang mudah disediakan ialah ayam goreng Marmite blackpepper..

Resepi?? alah.. macam nak buat ayam goreng biasa gaks..cuma aku tambahkan dengan Marmite dan sedikit serbuk lada sulah dan blackpepper..

Rasa.. memang sedap.. anak2 pun suka sebab tak pedas.. serbuk blackpepper tu aku letak sket jerk.. kang tak pasal2 melaha anak2 aku tu..

Cuma satu yang aku nak pesan.. kurangkan garam.. tak letak pun takpe.. sebab Marmite tu sendiri dah masin.. hehehhe.. kenapa aku pesan?? sebab aku dah terkena.. masin ooooo...

Untuk mempelbagaikan resepi.. next time aku nak buat ayam goreng Marmite bermadu laks.. nak kasi manis pulaks.. mesti lagi sedap.. so, uols cubalah resepi ni.. sedap dan berkhasiat untuk anak2..


amacam.. terliuq?

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah