Al-kisahnya.. sib baik jumpa

Masa hari raya ke-4... masa tu aku kat rumah mak aku... bila anak2 aku dah mandi.. sambil diorang main... aku tegur Amiera..

Aku : Amiera.. tengok kaki...

Amiera selak seluar tidur dia belah kiri.. nothing... selak pulak belah kanan.. nothing...

Aku : Mana gelang kaki??

Amiera angkat bahu tanda tak tau.. boleh cenggitu... aku hangen laaaa... ni mesti putus kat mana2 ni.. aku dah mula risau.. semalaman kami berhari raya banyak rumah.. ntah kat mana cicirnya..




Dahlah gelang tu pernah putus dua hari sebelum raya.. lasak sungguhlah anak dara aku ni..

Aku call adik aku yg kat Seremban.. tolong carikan.. mungkin dia lasak masa main2 ngan sepupu dia.. pun tak jumpa..

Aku cari kat dalam kereta.. pun tak jumpa..

Aku msg SIL kalau2 ada terjumpa sebab dia mandi kan.. kot2 terputus masa tukar baju.. status masih tidak diketahui..

Aku tak puas hati.. aku belek2 kamera yg pernah aku snap pics dia.. sah!! masih ada masa beraya kat Teluk Intan.. kebetulan pulaks aku memang tak snap banyak pics masa raya ke-3.. so, tak tau sampai mana gelang tu masih melekat kat kaki dia..

Sepanjang hari raya ke-4 memang aku tak perasan gelang kaki dia.. aku cuba ingat2kan semula kot2 aku ada dengar bunyi loceng.. rasa macam dengar...

Bila balik semula ke Putrajaya masa raya ke-5.. cepat2 aku cari kat tilam Amiera.. tak jumpa.. masuk bilik Amiera.. tiba2 tergerak hati aku nak tengok kat bakul baju kotor.. bling.. bling.. cahaya.. fuhhhhh... sib baik.. gelang tu tersangkut kat seluar tidur...

Frust oooo kalau hilang.. aku baru jerk beli gelang tu beberapa hari sebelum raya.. trade in ngan gelang kaki aku.. dah tua2 ni malas lah nak pakai gelang2 kaki ni.. baik beli baru bagi anak dara aku tu pakai.. yerlah kan.. gelang lama kan dah kena rampok!!

Dah jumpa.. terus aku simpan.. nanti ada rezeki lebih.. aku trade in balik.. beli gelang tangan jerk.. lagi senang.. tak yah pakai gelang kaki bagai..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty