Cuti2..

Salam pagi Selasa..

Semalam aku cuti ya.. balik kampung en hubby.. sambil cuti2 Malaysia..

Kami gerak dari Putrajaya bih kurang tengahari.. nasib baik tak jem sangat.. sampai kat slim river.. highway dah jem.. mungkin ada accident sebab ada ambulans lalu.. terus kami masuk tol Slim.. singgah umah pak sedara en hubby kat kg Bikam sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh.. 

Esoknya..

Nak tau ke mana?? kawan2 opis aku dah tau..

byk juga kereta ke tempat yang kami nak tuju ni.. almaklumlah kan cuti sekolah..

sampai juga ke destinasi setelah hampir sejam perjalanan... rasa2 uols kat ner ye?


Percutian kali ni, kami semua termasuk adik-beradik en hubby dan mertua ke CH.. memang kami tak plan pun cuti2 sekolah ni nak kemana2... asalnya kami cuma nak balik kg jer.. beberapa hari sebelum balik kg.. SIL ada bagitau yg mereka nak ke CH.. alang2 dah balik kg.. so, kami pun follow sekali..

Kami semua ke CH balik hari jerk.. lagipun takde lah jauh sangat dengan rumah MIL.. kami gerak dah nak kul 12 kalau tak silap aku.. itupun ada urusan yang tak dapat dielakkan..

icon CH.. strawberry..

aku suka replica strawberry yg macam2 design kat CH tu.. tantek.. tantek..

Sampai di CH cuaca dah mendung.. bila sampai jerk kat satu kedai Strawberry Corner tu.. elok2 jerk kami parking....... hujan turun lebat..

Masuk kat dalam kedai tu.. best gak.. ada jual macam2 bunga.. boleh lepak2 kat taman bunga tu sambil menikmati hidangan yg ada..

pandai diorang meniaga.. mesti ada mainan ni nak tambat hati budak2.. pulus laju jerk jalan..

ini encem boy.. tatit muyut.. ada ulser tumbuh di merata mulutnya.. cian anak mama sampai demam2.. tapi kalau makan ice-cream tak tatit muyut ya!

see.. roses everywhere.. geramnya.. tapi aku tak beli pun sebab aku malas nak jaga.. hehehehe..

cactus pun ada.. macam2 design..

encem boy dah meragam.. aku bawak dia jalan2 kat luar kedai.. ada jugak mainan ni.. hmmm.. layan jerlah..

cantik kan hiasan kedai ni.. penuh ngan strawberry..

sebelum ke tempat lain.. last-minute ambik gambar.. awat gambar kami macam kena silau cahaya.. gambar kartun pun takde ni.. huhuhuu.. en hubby ku.. sila jawab..

Kemudian.. kami ke Tanah Rata.. nak lunch kat sana.. 

kalau uols nak jalan2 kat sekitar pekan Tanah Rata blehlah parking kat sini ya..


Sampai kat sana.. Fateh meragam.. kebetulan meja yg kami duduk tu dekat sesangat dengan kedai yg jual macam2.. semuanya dia nak.. sampai satu tahap dia geram sebab tak dapat barang yg dia nak.. boleh dia lempang muka aku... setakat kena pipi aku tak kisah lagi.. bila dah kena batang hidung aku yang perasan mancung ni... aitttt.. ni sudah lebih..hidung2 memang pantang aku yaa.. hidung aku memang sensitip ok!! haaa... ni mama nak lepaskan geram kesakitan ni.. tangan kena pukul.. punggung kena cubit.. haaa... meraung kat situ jugaks.. lepas dapat topi yg dia nak.. barulah diam sket.. walaupun ada rengek2 ngades nya.. 
Then bila dia nampak hero kesayangan dia.. si Ultraman tu laaa.. dah sudah.. nak tu pulak! amboi.. kat rumah dah berlambak ngan patung ultraman.. ni tak bleh jadi.. buat hal balik.. nanges tak hengat.. suara dah lah kuat.. last2 beli jugaks.. letak balik topi tadi.. huh! letih layan budak nanges2 ni...

lepas lunch.. ke Masjid Abu Bakar..

Lepas tu kami jalan2 lagi.. nak pi petik buah Strawberry di kawasan kedai Melayu..

ingatkan bleh petik kat kedai ni.. tapi sini tak boleh petik buah strawberri..

cantek kat replika ni.. tu yg sempat berkejar kat satu kedai ni semata2 nak bergambar..

ngan anak2 tersayang..

Then BIL bagitau ada satu kedai yg boleh petik.. terus kami cari lagi..

replica lagi..

masing2 semangat nak pi petik.. tapi.. tak boleh petik sebab buahnya tak masak lagi.. huhuhuuu.. hampa! kami just jalan2 di kawasan sekitar..

walaupun hampa.. anak2 ni tetap gumbira walaupun Kish nanges tak tau kenapa..

replika sayur2an pulaks..

Menjelang asar kami ke Brinchang semula.. jalan2 kat pasar malam.. ShopPINK time.. aku tak beli sayur2an.. yerlah anak2 aku bukannya makan sayur.. beli banyak2 takut tak habis.. kat pasar malam tu aku cuma beli baju CH utk anak2, ole2 utk opismate dan yg paling penting... strawberry.. anak2 aku memang suka sangat ngan buah strawberry tu.. tapi kan.. hajat hati aku nak beli bantal strawberry yg menawan hati masa aku jumpa kat Strawberry Corner (tmpt yg mula2 kami sampai) tak tercapai.. design bantal strawberry tu hanya ada kat kedai tu.. huhuuuu.. bila patah balik ke tempat tadi.. rupa2nya kedai tu tutup kul 6 petang... uwaaaaaaaaaa.... chedihnya.. takpelah takde rezeki.. jimat gaks duit aku.. pengajaran.. lain kali kalau dah berkenan tu terus grab jerk tak yah gatal2 cari kat tempat lain.. padan muka aku!

amacam?? menggoda iman tak??

Pastu kami singgah kat kedai yg memang sentiasa sibuk kat Brinchang tu.. jalan2 sajork.. tak jumpa pun benda yg nak di beli.. ingat nak beli toy berbentuk ulat utk Fateh tapi tak jadik sebab mahal sket.. then teruskan perjalanan.. singgah kat satu kedai ni.. agak murah harganya dari kedai tadi.. lepas en hubby nego ngan nyonya tu.. pun tak dapat less lagi.. alang2 dah menanya.. beli jerlah lagipun kami dah nak balik.. nanti aku snap gambar ropa ulat tu.. lupa laks nak snap semalam..
 
Kami turun dari CH kul 7 lebih kalau tak silap..  hari pun dah nak gelap..


dah gelap.. kabus semakin tebal.. sejukkkkkk...


2 omelan:

Suraya Baharun said...

tq kak ina bagi rasa strawberi & ole2 dari CH...

Faina Arisya said...

sama2..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (114) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty