Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hari Kantin..

Hari ni Amiera kena sekolah.. sekolah ganti katanya.. aku tak tau ganti masa cuti bila.. raya cina aritu kot..

Tapi hari ni takde belajar2 bagai tapi digantikan dengan hari Keusahawanan aka hari kantin..

Awal2 sebelum sekolah Sabtu Amiera dah request RM5 kat aku.. nak beli kupon katanya..



Pastu sehari sebelum siap mintak kat aku RM10.. amboi.. amboi.. banyak cantik.. bagi betis nak peha laks.. kena luku ngan aku baru tau.. duit baki dalam wallet ada RM6 dah cukup kata aku.. beli masa hari kantin nanti..

Pagi tadi papa dia hantar.. sempat lagi ngendeng2 kat en hubby RM10.. oppsss... nasib baik en hubby tak bagi.. en hubby pesan kat Amiera yang kami akan datang sekolah dalam kul 9 nanti..

Aku?? membuta lagi beb!! aku ni kan kaki tidur... bagilah aku rehat sket hujung2 minggu ni..



Lepas aku bersiap dalam kul 8.30 tu.. konon nak mandikan si Fateh.. tapi alahai.. susahnya laaa.. nak2 pulak cerita Ultraman tengah keudara kat tv.. lagilah susah dia nak bangun.. ada jerk nak di jawab dalam bahasa dia..

Dah susah2 sangat.. lagipun dah lambat.. memang kena paksa laaa.. memang menjerit lah dia pagi2 tu.. hehehhehehe.. sorry lah yer sayang..

Sampai sekolah Amiera.. dah ramai mak ayah datang.. kupon pun dah sold-out... mak ayah memang memainkan peranan yang penting dalam menjayakan apa sahaja aktiviti2 di sekolah.. anak2 apa lagi.. lagilah diorang suka..

banner hari keusahawanan..

riuh rendah..

Memandangkan kupon dah habis.. kami boleh beli secara cash.. ok lah kan..

Oh ya.. hari keusahawanan kali ni berkonsep membeli sambil menderma.. dan usahawan kali ini adalah guru2 sekolah.. ada yang meniaga nasi lemak (geng2 ustazah aka jiran aku), buah2an, air, pelbagai jenis mee, gift, tudung, ais krim (peberet budak2 sekolah), burger dan macam2 lagi...

mari.. mari.. mari.. beli.. beli.. beli..

ada game memanah..

Lepas beli2 apa yang patut.. kami balik rumah.. anak2 pun bleh balik terus walaupun hari keusahawanan habis pukul 12.. bagus2..

Overall.. aktiviti2 macam ni memang seronok.. hopefully tahun2 akan datang buat satu kelainan pulaks.. promote kat parents sapa2 yang nak meniaga.. bleh join venture.. pun seronok gaks kan.. kalau ada.. nak jugak aku buka satu gerai.. amacam care??

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah