Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Kunjungan Ketiga @ Fiesta Hot Air Balloon

Dan seperti yang dijanjikan..

Perancangan untuk melihat pelbagai belon2 yang tomei-tomei tercapai juaaaa...

Aku bangan awal ok.. tapi takdelah awal sangat.. sedang2 jerk.. semangat tu walaupun mata ku ini merayu untuk ditutup kembali.. tak boleh.. hari ni last day fiesta hot air ballon.. kalau tak kena tunggu taun depan ok!.. mulalah agenda aku masak nasi goreng, ayam goreng segera dan hotdog.. buat air teh panas masuk dalam termos.. potong kuih lapis yang aku buat malam sebelum.. buat susu siap2 untuk anak2.. packing semua masuk dalam bakul.. pastu kejut budak2 dan ayah budak untuk bersiap..

Keluar rumah dalam pukul 7.20 kalau tak silap.. tu pun aku rasa dah lambat..

Sampai2 jerk tengok parking yang dekat2 semua dah full.. amboi.. diorang lagi cergas dari aku.. tak aci ni.. last2 kami buat pusingan kat Masjid Besi.. cari parking yang tak berapa jauh dari tapak fiesta..tu pun terpaksa menyelit kat parking motor.. hehehhehe...dah nampak belon2 ke udara..

Lepas satu.. satu belon di lepaskan... anak2 aku semuanya bersemangat.. menjerit2.. 'Mama.. mama... tu.. tu.. tu.. '... Fateh tak habis2 jerit2 panggil nama aku... selagi aku tak nyahut.. hmmm.. selagi tu dia jerit..  hehehhee...seronok sangat2 ler tu.. nak2 pulaks belon tu betul2 beberapa meter atas kepala.. besau giler.. lagilah diorang seronok..

Jom tengok gambar2 yang sempat aku snap.. jenuh cari posisi menarik nak ambik gambar.. walhal kamera cikai jerk.. tengok orang lain semuanya besar gedabak.. DSLR katakan.. huhuhhuuh.. en hubby?? bila nak beli ni??

macam muka Amiera kan?











tak suka tengok belon ni.. terlalu simple..

meh tengok yang lagi cantik..




amboi.. bleh jadi model cilik ni..






belon yang paling aku suka...


 kunjungan kami diakhiri dengan kegembiraan anak2 aku...

Overall.. puas hati dengan kunjungan terakhir ni.. tapi kalau dibanyakkan belon termasuk belon2 seperti tahun lepas2.. lagi syiok.. 

Asalnya nak sarapan kat situ jerk... tapi banyak serangga2 yang tak menyenangkan.. pastu dah panas.. nak kena cari taman rekreasi yang tak pernah kami pergi.. kat mana tu yer?? tunggu next n3 ya...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah