Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Makan.. makan.. makan.. n3 tanpa gambar..

Hari ni makan tengahari di taja oleh seorang pegawai yang akan bertukar keluar ke jabatan lain sebab naik pangkat.. tahniah untuk En Jaafar selaku x-bos aku dulu2 (macamlah dia baca blog aku.. huhuuhu).. pernahlah keje ngan dia sekejap.. dia jenis kewl jerk.. pak lawak pun yer ngan sleng Utara dia..

Oh lupa laks.. menu dia adalah nasi beriani.. memang sedap dan pedas... tak sempat nak snap gambar sebab aku dah lapar giler.. terus ngap masuk mulut... huhuuu.. buruk lantak sungguh... walhal pagi tadi aku dah sarap nasi goreng..

Pagi tadi aku jamu kawan2 opis ngan kuih lapis jagung versi ke-2.. guna adunan penuh ikut resepi asal.. tu pun tak dapat banyak.. penuh satu loyang size 6 inci kot kalau tak silap.. potong2.. dapat sket jerk.. cantik ok.. berlapis2.. versi pertama tak banyak lapis.. bleh tengok kat n3 ni.. gigih aku buat malam semalam ok.. hehehhehhe.. alah.. tak susah mana pun.. cuma nak menunggu tu jerk yang lama sket.. tu pun aku lupa nak snap gambar.. pagi2 memang tak sempat lah.. kalut sebab dah lambat.. sampai opis lupa pulaks.. pastu edar terus kat kawan2.. hope kawan2 suka lah yer..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah