Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Rendang Kambing Ijo

Alang2 aku cuti ni..

Asyik2 masak menda yang sama kan.. naik bosan aku.. new recipe pls..

Memandangkan Fateh demam.. aku masakkan bubur jerk untuk dia dan Amiera.. menu untuk en hubby ni yang buat aku pening.. dia pun dah naik bosan agaknya makan masakan aku... hehheheheh...

So, untuk hari ni aku masakkan Rendang kambing ijo... lain2 menu masakan.. nanti aku sambung kat n3 lain yo..

tak nampak sangat keijoannya.. tak reti aku nak snap kasi gambar natural..

Resepi (ikut sukatan utk dua orang makan):


 Rendang Kambing Ijo

Daging kambing anggaran 200gm..
1 labu bawang merah (kes takde bawang kecik)
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia  
2 atau 3 batang serai bersaiz besar
5-10 batang cili padi (ikut kepedasan masing2)
 daun kunyit
daun limau purut
anggaran 3/4 cawan santan
1 sudu besar kerisik
garam dan gula

Cara:

1. Potong daging kambing kecik2 (en hubby aku dah potong siap2)
2. Kisar bawang, halia, cili padi dan serai
3. Hiris halus daun kunyit dan daun limau
4. Tumis bahan kisar sampai naik bau
5. Masukkan daging dan sedikit daun limau. Masak hingga air daging kering.
6. Masukkan air dan masak daging hingga empuk.
7. Masukkan santan. Masak hingga kuah hampir menjadi kering.
8. Masukkan garam dan gula.
9. Bila dah nak kering, masukkan kerisik, daun kunyit dan lebihan daun limau.


Siap, selamat mencuba.. 

** hehehehe.. perasan chef konon.. chef kat rumah jerk.. aku main agak2 jerk tu.. pandai2lah korang adjust sendiri ye.. daaaaaaaaaaaa...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah