Salam pagi Jumaat...
Actually cerita ni dah lama.. tapi aku nak cerita jugaks.. mana tau uols yang akan mengalami masalah macam aku tahu apa yang perlu di buat..
Sebelum tu.. sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.. ewah..ewah.. macam nak bagi award gamaknya... kepada pihak Nadi Putra kerana telah memberi bantuan kepada insan lemah seperti aku ni.. ewah.. ewah.. ngades.. gediks..
Ceritanya begini..
Pada satu hariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... hari Jumaat kalau tak silap aku... aku pi ambik Amiera naik bas..
Masa nak patah balik ke Presint 1... naik bas yang sama.. kebetulan aku bawak banyak barang.. payung pun aku angkut sekali.. payung besar gedabak.. payung strawberi yg aku beli kat Cameron Highland tahun2 yang sudah.. payung tu digunakan waktu aku nak pergi kerja incase hujan awal pagi.. kalau hujan belah petang aku tak kesah sebab aku dah standby payung Vantage aku kat opis..
Dalam bas cuma aku, Amiera dan driver bas..
Bila dah nak sampai ke Presint 1.. Amiera buat hal.. dia ngades berhimpit2an sebelah aku.. dahlah aku penuh ngan barangnya.. dia pulaks sibuk nak duk sebelah.. walhal banyak sit kosong dalam bas tu.. aku nak tekan loceng pun susah.. dengan kalutnya masa nak turun dari bas dengan bawak banyak barangnya.. korang just imagine ok.. macam manalah rupa aku yang sarat ngan barang2.. hudus sungguh lah weiii...
Dah duduk baik punya kat stesen bas.. nak tunggu bas lain pulak utk ke rumah.. aitttt.. mana payung??? huhuhuhuhuu.. payung tertinggal dalam bas daaaaaaaaa... takkan ko nak kejar bas tadi kot.. agak2lah kan.. frust gak oooo kalau payung tu akan di ambil oleh orang lain..
Bila naik bas lain utk ke rumah.. ternampak no telefon untuk sebarang aduan.. time2 tu jugaks aku call.. hilang segala perasaan debar dan malu2 kucing aku ni.. payung punya pasal.. tak kira.. bukan senang oooo nak beli payung tu.. limited edition.. hanya di CH sajork.. huwa.. huwa..huwa...
Pegawai yang sambut panggilan tu mintak aku msg detail info.. so, aku karanglah ayat2 panjang lebar semasa kejadian.. aku kalau bab2 sms ni tak pandai nak short form ni... tak reti.. takut orang tersalah tafsir.. skema kah aku??
Sejam kemudian.. aku terima msg yang menyatakan payung aku telah dijumpai dan sedia diambil di depoh Presint 1... malam tu jugaks aku ajak en hubby ambik payung tu...
Sampai kat depoh.. aku ngan Amiera masuk ke perkarangan depoh bas.. adalah beberapa orang lelaki tengah lepak2 kat situ.. aku cakaplah tujuan aku ke situ.. bla.. bla.. bla... nasib baik payung aku ada.. molek jerk diorang letak atas almari.. yerlahkan takut di guna staff kat situ yang tak tahu..
Sempat lagi sorang brother tu cakap.. camnilah bih kurang ayat dia.. 'patutlah beria nak ambik payung dia.. payung dia cantik...'... huhuhuhuhuh.. tersipu2 malu i nok... alhamdulillah... payung tu masih selamat ngan aku.. kang tak pasal2 kuar cerita kanak2.. "Aku Sebatang Payung"..
So, sekiranya barang peribadi atau apa sahaja milik anda tertinggal di dalam bas pada hari kejadian.. segeralah menghubungi pihak Nadi Putra dengan menyatakan No. Laluan Bas bukannya no plate ok.. tapi kalau ingat no plate bas tu bagus sangatlah kan.. (masalahnya sempat ke nak tengok??).. pastu nyatakan sekali laluan bas yang anda naiki tu dari mana dan ke mana.. nyatakan sekali masa kejadian.. dan hantarlah SMS anad ke talian 019-2822280..
Comments
(lama dah x naik pengangkutan awam. hehe..)
memang terbaik perkhidmatan Nadi Putra sekarang ni.. cuma kadang2 jerk wat sengal sket.. hehhehehe..
mana tak lamanya Ann tak naik pengangkutan awam.. rumah ngan opis sejengkal jerk.. hehhehehe..