Fateh Warded Again

Petang Ahad kelmarin Fateh dah mula panas badan..

Malamnya dah semakin panas.. makan ubat demam sekejap ok.. pastu panas balik..

Ingatkan demam2 biasa jerk.. pagi Isnin semakin panas.. masuk ubat punggung pun tak jalan jugaks.. terpaksa aku el..

Petangnya demam still tak kebah2.. hidung dah start sumbat.. so, decide lepas maghrib kami ke KPJ Kajang.. pi kat emergency.. Hope insurans dah leh cover incase dia kena tahan wad..

Bila tengok keadaan Fateh.. dr suggest ambik darah.. kena tunggu sejam atau lebih.. fuhhhh!! lama giler.. patutnya kalau hosp mahal2 ni kenalah cepat serba serbi.. kat Annur kalau ujian darah tak sampai pun setengah jam.. hehehhee.. promote Annur.. tapi betul beb. .sekejap jerk..

ready utk ke wad..

Hasil ujian darah.. paras ape kemenda ntah.. aku pun tak reti nak describe.. tinggi dari paras yang ditetapkan.. bukan setakat sekali ganda bezanya.. tapi berpuluh2 ganda bezanya.. dah cecah ratusan..



Plan asal kami nak masukkan Fateh ke Annur.. tapi penuh lah pulaks.. so, masuk jer kat KPJ.. ingatkan medical card leh cover.. tup2 pagi esoknya dapat berita dari staffnurse kat situ.. kena reject.. alasan Prudential.. penyakit yg dr declare dalam medical report tu dikategorikan sebagai spesific illness dan tidak di cover kerana belum cukup tempoh 120 hari.. grrrrrrrrrr... aku pun tak tau apa mendanya lah specific illness tu.. bila aku google.. rupa2nya.. penyakit yg berkaitan dengan hidung, tekak dan telinga adalah salah satu kategori specific illness..

wad Paed.. single bed.. RM300 per day..

wad memang cantik.. tapi aku agak tak selesa juga sebab kena berkasut sebab lantai simen.. Annur lagi better.. kasut kat luar ok.. rasa macam dalam rumah..

toilet yg selesa..

almari pun comel..

Dr Asmuni (Pakar Paed) yang rawat Fateh kat KPJ suggest refer Fateh pada pakar ENT sebab keadaan Fateh agak membimbangkan.. lepas jumpa pakar ENT.. penyelesaian terbaik adalah operate tonsil dan adenoid Fateh kerana benda tu totally block hidung dia.. macam biasa sebelum di operate pesakit perlu sihat sepenuhnya..

sian sayang mama ni..

for lunch.. 

ni menu utk hari Rabu.. lain hari lain menunya.. boleh pilih nak apa..

Total kos yang tak sampai sehari rawatan Fateh di KPJ.. RM1200 lebih.. memang mahal.. kalau ngam2 sehari ntah berapa agaknya kena..

Then kami decide mintak tukar ke Annur.. lagipun dr dah kenal.. nak pindah wad pun senang.. tak perlu jumpa dr paed dulu.. total kat Annur bagi tempoh 2 hari just only RM1800.. lebih murah compare ngan KPJ..


Semalam Fateh dah bleh kuar wad.. alhamdulillah.. demam dia dah pulih.. cuma tinggal selesema dan batuk sajork.. hope dia ok..

Semalam juga kami ke Hosp Putrajaya untuk buat appointment jumpa pakar ENT.. tapi hmmm.. biasalah kan.. bulan Ogos nanti baru leh jumpa dr.. pergh.. lama siot.. dalam tempoh 2 bulan tu.. macam2 bleh jadik.. harap2 Fateh sihatlah sepanjang tempoh 2 bulan tu.. alasan nurse.. itu dah kira cepat lah katanya.. kalau tak mau jugak anjak ke Nov.. perghhhh.. lagi lama.. alasannya lagi.. bulan 6 klinik ENT tutup sebab semua dr berkursus! hmmm... whatever.. kalau poket aku beratus2 ribu ada.. aku dah set date utk operate Fateh kat Annur.. aku tak boleh guna medical card utk operate Fateh sebab penyakit tu dah declare awal... hmmmm.. sadisnya.. takpelah takde rezeki.. mungkin medical card tu boleh digunakan untuk lain2 penyakit atau kecederaan yg dialami.. tapi nak ke KPJ tu alahai.. malasnya...


2 omelan:

Suraya Baharun said...

ada hikmah nye tu kak ina...sabar ye...yang penting fateh dah sembuh...

Faina Arisya said...

su...

alhamdulillah dah sihat.. tulah.. kena redha atas apa sahaja ujian dariNya..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (49) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (114) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty