Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Madagascar @ Pavillion

Turun dari Bukit Tinggi.. sampai KL jam dah menunjukkan kul 6.. masih awal hari cuti2 ni.. so, mula2 nak singgah ke Menara KL.. tapi tak jadi.. last2 pergi ke Pavillion..

Since dah pindah opis ni.. apa tempat2 baru atau bangunan2 baru kat KL tu aku langsung tak pernah pi.. so, dah alang2 lalu KL ni.. naklah jugak tengok Pavillion tu.. gah sangat ke?? dengarnya jual barang2 branded sajork.. asalnya aku segan gak laaa... yerlah kan bukan standard aku nak shopPINK kat sinun..

Tapi bila masuk.. tengok.. alaaaaaaa... ramai jerk yg sama standard dan kurang standard pun lepak2 kat situ.. tapi yg masuk butik2 branded tu.. hmmm.. faham2 lah..



Bila sampai kat tengah2 Pavillion ada promosi Madagascar.. hmmm.. budak2 suka lah ni..

macam2 permainan.. yg penting ada fulusnya.. 

macam2 patung karaktor Madagascar..

persembahan bermula.. 2 ekor penguin dah keluar..

menari2 dengan muzik Madagascar..

Lepas habis menari menara.. ada aktiviti bergambar ngan penguin.. berebut2.. aku ingatkan budak2 jerk.. mak pak pun sibuk.. hmm.. last2 tak jadi nak suh Amiera bergambar..

Oh ya.. aku ada ternampak satu iklan kat situ.. bleh dapat 1 tiket free filem Madagascar dengan syarat pembelian RM100 ke atas dalam satu resit di salah sebuah kedai jual barangan baby kat Pavillion.. ntah ada lagi ke ntah tidak..

Tapi kami sekejap jerk kat situ.. tak bleh lama2.. Fateh ligat.. lari sana sini..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah