Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Fateh bakal dibedah..

Salam semua..

Rabu lepas kami ada appointment dengan dr pakar ENT..

Kali ni tak jumpa dr yg sebelum ni.. jumpa dr pompuan.. tapi nampak macam tak berapa pakar.. mungkin diorang ni baru lagi..

Bila dia buat pemeriksaan pada Fateh.. dia suggest operate.. sebab walaupun dah dibekalkan ubat selesema dan spray hidung.. Fateh masih tetap mengalami demam setiap bulan.. cuma bulan ni jerk alhamdulillah Fateh tak demam.. kemudian dr tu refer kepada dr pakar sorang lagi.. katanya dr tu suruh proceed..

Tapi terpulang kepada kami sebagai parents.. pada awalnya memang aku keberatan nak benarkan.. yerlah kan Fateh masih kecik lagi.. tapi bila memikirkan pada usia beginilah.. lebih senang nak buat operation sebab proses pemulihan lebih cepat dan Fateh baru nak masuk tadika.. sekurang2nya bila dia dah berusia 5 tahun ke atas.. bolehlah dia fokus dengan pelajaran.. tak mau dah sakit2 lagi..

Dan akhirnya kata putus.. kami setuju Fateh dibedah.. jangkaan tarikh pada awal March 2013..

Kalau diikutkan.. dah lama Fateh kena bedah.. awal bulan Sept tempohari kat HUKM.. tapi kami takut sebenarnya.. kebetulan pulaks dr yg berlagak kat Putrajaya tu kata tak perlu operate.. dia nak tengok dulu keadaan Fateh.. tapi akhirnya keputusan tetap ke arah pembedahan.. itu adalah jalan yg terbaik..

So, dalam tempoh tu.. kami harus jaga Fateh supaya pada masa pembedahan Fateh tidak demam, selesema dan batuk.. kalau tak memang postpone lagi.. huhuhuhu.. risau sebenarnya nak operate2 ni.. hope takde sebarang komplikasi lain..

Aku terjumpa info yang sangat berguna tentang pembedahan Tonsillectomy.. dan disini juga.. boleh dijadikan rujukan..

mula2 Fateh baik jerk.. dengar cakap dr..

dah habis rawatan.. masa nak menunggu pengesahan dan set date.. ni lah gayanya..

hope lepas operate nanti Fateh tak demam teruk lagi tau.. tak sampai hati tengok Fateh masuk wad sebab demam panas..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah