Cuti hujung minggu..
Petang Sabtu Amiera asyik dok tanya.. bila Mama nak buat ais-krim... hollloooo.. tak senang langsung aku nak rehat2 santai depan pc... huhuhuuuhu...
Gigih jugaks ke dapur nak tunaikan hasrat puteri nan satu..
Resepi aku cari kat google jerk.. tapi standardlah memang tak ikut sangat pun.. huhuhuuu.. suka2 aku jerk nak ubah2 resepi orang kan..
Bahan2 Utama:
pics kredit to cik google..
1 tin susu cair / sejat - aku guna jenama F&N.. nak guna susu segar pun boleh sajork.. kalau hat susu segar aku suka guna jenama Dutch Lady full cream..
5 sudu besar
susu pekat manis - ikut suka kemanisan masing2.. aku kan manis.. sebab
tu sampai 5 sudu.. ptuiiiiii... aku guna jenama F&N bervitamin
lagi..
1 biji telur ber-Omega - semestinya yg berkhasiat utk anak2..
1 sudu besar Ovalette
1 sudu teh esen vanilla - aku suka jenama Star spt gambar di atas.. tapi kat umah takde stok.. aku beli hat takde brand kat kedai jual peralatan kek kat Presint 9
Bahan2 Perisa :
pics kredit to cik google..
3 sudu besar milo atau secukup warna
1 sudu teh strawberry paste atau secukup warna
Chocolate rice sebagai hiasan
Cara2 Membuat :
1. Campurkan kesemua bahan2 utama.. pukul sehingga kembang dan menjadi ala2 cream.. korang2 yg ada machine senang banget! aku ni haaa.. guna tangan kanan ni yo.. aduiiii.. longuh! nak suh Amiera.. hmmmm.. terkial2 dia dok memutar.. slow motion.. bila mau kembangnya dik non.. passing pulaks kat si kecik.. chibuk jerk nak buat gaks.. dimain2nya adalah.. passing pulaks kat en hubby.. service bertukar tangan... aduiiiiii... last2 ke aku balik.. bila dah nampak creamynya.. ok done! tak larat aku dah.. pengajaran.. sila beli pemutar kek ok! bukannya mahal sangat pong.. tapi awat aku tak beli2 eh.. mungkin bukan sebab keperluan kot.. dan aku ni bukannya pembuat kek or desert yg tegar.. huuhuhuhu.. cuma ada sedikit minat.. huhuhuhuu...
2. Asingkan kepada 3 adunan.. satu adunan dimasukkan milo, satu adunan lagi dimasukkan strawberry paste dan satu lagi dibiarkan sahaja tanpa warna..
3. Boleh disatukan di dalam satu bekas sahaja atau diasingkan.. terpulang kepada citarasa masing2.. akhir sekali taburkan chocolate rice sebagai hiasan..
4. Bekukan dalam peti sejuk.. pastu boleh ngap!
jemput makan semua..
Comments