Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Rendah Lagi!

stress aku dibuatnya.. bila nak back to normal ni.. 

Sedikit info dari ptm.umt.edu.my yang aku nak kongsi untuk panduan diri sendiri dan yg utk semua berpenyakit Hipotension..

Berapa Rendahkah yang dikatakan Rendah?

Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg..

Tekanan Darah Normal = Tekanan darah 120/80 mmHg.
Tekanan Darah Rendah = Tekanan darah < 90/60 mmHg.

90 = tekanan sistolik / 60 = tekanan diastolik

Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.

Faktor

Mengandung:
- Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya
menurun sebanyak 5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.

Dehidrasi
- Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah,
cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing) dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi..

Kurang zat dalam diet
- Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah

Gejala Tekanan Darah Rendah


  •  cepat lelah
  •  pening kepala ketika posisi badan berubah
  • mata berkunang-kunang
  •  mual
  •  kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  •  pernafasan cepat dan pendek
  • cepat haus

Cara-cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah

- Makan lebih garam dalam diet, tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.

- Minum lebih banyak air – teruta manya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).

- Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahanlahan. Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.

- Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah