Aktiviti Hujung Minggu ~ Persiapan Sekolah

Assalamualaikum...

Sihat semua? semoga dilindungi Allah hendaknya...

Aku disini ok2 sajork.. takde apa nak cerita sangat.. cuma nak share persiapan yang harus dilakukan oleh parents yang anak2 akan bersekolah... tahun ni bajet agak jimat sket compare ngan mula2 masuk sekolah.. banyak benda yang nak dibeli.. tahun ni just top-up mana yg tak cukup jerk dan ganti mana yang dah tak boleh diguna.. aku beli barang2 sekolah ni awal hujung Nov aritu... malas nak fikir2 last minute..

Perkara penting yang perlu dimasukkan ke dalam senarai adalah seperti berikut:-

1. Uniform sekolah - Amiera : memandangkan baju dan kain yg sedia ada masih boleh digunapakai.. so, tahun ni aku just beli 2 helai kain sebab 3 helai baju dah beli tahun lepas (tersilap beli saiz).. tahun lepas aku beli jenama Unggul.. beli kat Carefour.. tapi kualiti kain agak kureng.. zip mudah rosak.. alhamdulillah.. dah suh tailor kat opis ni yg repair.. dasar pemalas nak jahit sendiri.. huhuhu.. tahun ni aku beli jenama Displin.. beli kat Maidin sajork.. tudung sekolah beli selai sajork.. pun jenama Displin.. tudung sedia ada dan selai yg masih belum diguna boleh digunapakai semula.. kualiti kain aku rasa not bad.. kira oklah.. bukannya tak nak beli jenama Canggih tu.. tapi rasa cam tak berbaloi.. baik lebihan duit tu aku guna ke arah lain.. byk lagi menda nak dibeli.. Fateh : tahun 2014 ada uniform baru.. so nak tak nak kena beli selai.. hat lain guna baju sedia ada sajork.. jimat!

Sejarah beli barang keperluan since Standard 1 :-

Tahun 1 - Uniform dan kasut beli kat Hari Hari - tak ingat jenama apa.. rujuk sini.. beg beli kat Parkson kalau tak silap..

Tahun 2 - Uniform beli jauh nun kat Utara.. kedai biasa2 jerk.. berkualiti jugaks.. murah pun murah.. beg dan lain2 beli kat Ana Muslim.. rujuk sini.. kasut beli kat Jusco kalau tak silap..

Tahun 3 - Uniform beli kat Carefour jenama Unggul.. beg beli kat Nilai 3 sajork.. kasut dan lain2 beli kat Maidin..

Tahun 4 - Uniform jenama Displin dan lain2 keperluan beli kat Maidin... hahahhahaha... satu tempat sajork..

Hat barang2 ciput cam stokin, anak tudung, singlet tu tambah beberapa helai jerk.. 

Kos beli uniform, beg dan barang keperluan yang lain dalam rm250.00... haaa... tu belum semua item aku beli.. kalau semua mahu jugak cecah rm400 lebih.. pergh!!

2. Pakaian sukan - tak yah beli.. ada 2 helai T-Shirt sekolah dan track suit masih boleh digunapakai..

3. Kasut sekolah -  beli sepasang jerk.. sebab ada sepasang lagi Amiera tak guna.. kes malas nak basuh kasut banyak2.. so, hat baru beli ni saiz besar sket.. standby kalau kaki dia akan membesar dalam tempoh setengah tahun akan datang... hahahhahahha... just beli jenama Barbie.. apa yang diminat ngan kasut Barbie tu pun aku tak tau.. pun beli kat Maidin.. dapat free recycle bag..

sebijik kasut cam Amiera.. pic credit to sharinginfoz.blogspot.com

4.Uniform Koko - Tahun ni Amiera akan sambung badan beruniform Puteri Islam.. kain dan tudung PINK dah ado... cuma belum beli lagi pakaian sukan badan beruniform tu.. hujung minggu ni kot baru beli...

i LIKE..

5. Uniform Sekolah Agama - tahun ni beli sepasang jerk.. sebab baju sedia ada masih boleh digunapakai..

kaler purple..

6. Beg sekolah - memang tiap2 tahun tukar beg baru sebab nak bagi semangat kat anak2 nak pi sekolah.. sebab tu beli hat murah2 sajork.. dulu pernah beli beg yang mahal tapi akhirnya koyak dan rosak jugaks... so, baik beli hat murah sajork.. lagipun beg hanya akan berat masa belum dapat loker.. bila dah dapat loker.. aku suh sumbat semua buku teks dan aktiviti dalam loker.. kalau ada homework baru bawa balik buku..

hat beg kaler PINK tu beg yg dibeli masa Tahun 1.. tak guna pun sebab berat.. so, jadi beg khas simpan alat tulis yg belum diguna.. beg Fateh beli kat opis aku sajork.. sonang!

7. Alat tulis dan lain2 - aku cuma beli mana yg dah habis sahaja.. pencil box wajib tukar tiap2 tahun.. yg sedia ada dah lobam2.. dan yang paling penting.. pembakut buku.. ni memang tiap2 tahun kena beli..

8. Buku sekolah - Since sekolah dah ada fb.. senang nak tau bila bookshop akan dibuka untuk pembelian buku2 sekolah.. kena beli awal.. takut buku dah habis stok!.. alhamdulillah.. tahun ni bajet tak lebih rm100.. jimat.. jimat...

aktiviti hari Sabtu lepas.. menulis nama dan membalut buku.. sib baik ada pembalut hat cenggini... sonang!

Selesai urusan keperluan sekolah...

Untuk yuran sekolah pulaks... total yuran pendaftaran CIC (harga promosi) +- rm1500.00.. bulanan rm550..

Yuran pendaftaran sekolah agama Amiera.. +- rm600.. bulanan rm260..

Yuran bulanan van rm150...

Pergh... cer korang congak... tu baru 2 orang anak.. yuran sebulan pun dan nak cecah rm1k.. tu belum masuk duit belanja Amiera kat sekolah... yuran PIBG, bayaran lain2 buku yang diperlukan sepanjang tahun, yuran sukan, yuran aktiviti luaran anak2.. prung prang prung prang.. +- rm1200... setahun... +-rm15000.. pergh!!  mahal kan?... tapi aku musykil... kenapa income tax cuma mengecualikan rm1000 sahaja utk seorang anak dalam tempoh setahun?? aku pun tak faham..

Apa yg dapat aku rumuskan... setiap tahun akan ada peningkatan dari segi harga barang keperluan sekolah dan yuran2 yang dikenakan... sangat tak sepadan dengan kenaikan gaji setiap tahun especially kakitangan awam cam aku ni... huhuhuhuhuu... marilah sama2 kita renung2kan.. fikir2kan.. ke mana hala tuju pendidikan anak2.. sebagai parents kita semua mesti nak yang terbaik utk anak2...  right? sangat simpati kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan hidup di bandar metropolitan spt di Putrajaya ni..

Peace no war!



1 omelan:

syalinda johari said...

kak iena, nak gi cari stoking macam amira pakai tu lah kat iris...bawah tapak tu hitam..

take care kak iena..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (111) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (10) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty