Hanis Fara Arissa ~ 5 bulan

Assalamualaikum..

Tika dan saat ini.. Arissa dah berusia 5 bulan 17 hari.. lagi dua minggu dah boleh mula makan solid food..

Sepanjang 5 bulan ni.. dah 2 kali dia demam.. last demam Jumaat lepas.. sebulan selepas demam yang pertama.. huhuhu.. punca dari selesema dan batuk.. sebelum demam tu ada tanda2 panas dalam.. taik mata banyak masa bangun pagi..

mata kiri dah merah2.. ingatkan sakit mata ke kan.. siannya mucuk ma ni kan..

So, raya haji baru2 ni.. Arissa masih demam.. dan agak teruk bila pernafasan dia terganggu.. dada dia berombak.. so, kami ke klinik.. tapi susah gaks nak cari klinik pakar kanak2 yg buka raya haji.. last2 kami ke klinik biasa saja.. ingatkan boleh ambik neb sebab kesian sangat tgk dia bernafas.. bila dr check paru2 dia ok.. so, tak perlu ambil neb.. then dr bagi nasihat kalau melibatkan masalah selesema dan batuk di kalangan bayi.. itupun based on experience anak dia sendiri.. dr bekalkan ubat batuk, cairkan kahak dan ubat titis hidung.. tapi aku cuma bagi Arissa ubat cairkan kahak.. ubat batuk aku tak berani bagi lagi..

Selain ubat klinik aku masih amalkan cara alternatif.. utk keringkan selesema aku sapu kunyit kat hidung Arissa.. utk demam aku bagi minyak habbatussauda..

Malam hari aku campurkan susu dengan singulair utk mengelakkan asma dan mencairkan kahak..

Alhamdulillah.. hari ke-4 Arissa dah tak demam.. cuma tinggal selesema dan batuk jerk.. kesian pulaks tinggalkan dia ngan pengasuh pagi tadi.. huhuhuhu... dalam keadaan yg masih tak berapa nak sihat..

Utk 5 bulan ni.. berat tak sure lagi.. nanti aku update lepas ambik vaksin 5 bulan..

Update (11 Oct 2014)  - berat Arissa selepas ditimbang tara... ceh3.. 6.16kg.. huhuhuhu.. naik puluhan gram jerk.. uwaaaa... ni mesti sebab dia demam berat tak naik2.. sian mucuk ma ni..

Arissa ambil suntikan 5 bulan + 6 bulan yang dikenali Hexaxim.. then ambil juga rotavirus dos ketiga.. kesan suntikan.. Arissa demam sket tapi sekejap jerk..


Perkembangan Arissa.. rambut semakin lebat.. tinggal cukur bantal masih ada sket lagi kat belakang kepala.. dah boleh meniarap dengan mudah.. dah boleh tegakkan tangan masa meniarap.. masih undur ke belakang.. belum move ke depan.. susu masih minum 3oz..

kejap jerk niarap nya.. pastu nanges! abaikan yg tunggang terbalik kat background ya..

Pantang nampak aku.. kalau aku tengah sibuk buat keje.. si Amiera yg jaga.. mesti nanges2.. bila nampak aku jerk senyap.. kalau aku lalu depan dia buat bodoh jerk kan.. tak duk diam dia.. saja tau!!

 menggayakan romper 7 days.. nampak cam tembam kan.. tapi takdelah tembam mana.. kecik jerk.. 

 dah boleh pegang botol sendiri.. tapi kejap jerlah.. pastu senget sana sini.. pastu ngamuk x dapat susu.. hehehhe...

 Arissa sembuh cepat yer sayang.. risau mama tau.. mama sayang Arissa sangat2..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty