Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Aktiviti Hujung Minggu ~ Indoor Pool

Assalamualaikum..

Salam pagi Isnin.. sebelum nak start sambung coding aku yg akan due 3 hari lagi.. update dulu blog kesayangan aku ni..

Aktiviti hari Sabtu lepas.. macam biasa.. basuh baju yang banyak nak mampus.. lipat mana yang belum lipat.. tu jerk yang mampu aku buat..

Sambil tu layan anak2.. nak bawak diorang mandi kolam kat luar agak tak berapa sesuai.. risau dengan macam2 kes.. especially kes penyakit berjangkit sedang berleluasa kat Putrajaya ni.. hmmm..  cegah dahulu sebelum terkena.. so, kami just beli kolam biasa jerk.. sib baik bilik air besar.. asalnya nak beli utk Arissa... kononnya nak bagi Arissa main2 air.. siap beli patung itik bagai.. tapi sah2 Fateh ngan Amiera nak join gaks.. pelampung guna hat yg ada sajork..

exercise dulu! awwww.. checkci laaa..

ultraman pun ultraman laaaa.. Fateh siap sound.. tu Fateh punya.. huhu.. alaaa.. bagi adik sekejap jerk.. bukannya lama pun adik mandi..

Mini kolam ni muat 2 org jerk satu masa.. si Amiera nengok jerk.. yg kelakar.. bila Fateh tanya kakak nak mandi tak.. aku cakaplah.. tak muat.. terus Amiera tarik muka.. sentap.. lari masuk bilik!! aduhhhhh... sensitip sungguh.. merajuk terus mandi kat bilik air lain.. pastu buat perangai.. malas nak layan.. last2 sedar salah sendiri.. minta maaf.. haaaa... ngades!

Walaupun dah mandi.. aku suh dia join Fateh.. huh! pantang disuruh.. terus capai towel... hahahhaha.. Amiera.. Amiera... walaupun Amiera ni dah tinggi.. dah besar.. tapi jiwa dia masih belum matang sepenuhnya.. masih nak main2 lagi..

Dah setengah hari.. siap pulaks barang2 nak balik umah mak aku.. plan kami nak bawak mak abah aku pi jalan2 umah abang aku.. asalnya nak nengok abang aku meniaga.. tapi tak kesampaian.. abang aku tutup kedai awal.. hujan lobek!

Esoknya.. ahad.. dah nak kul 8 pagi.. pi pasar pagi Beranang.. best gaks pasar ni.. dah macam pasar malam pun ya.. tujuan nak beli barang basah.. stok byk dah habis kat rumah.. lepas tu en hubby ngan abah aku menyambung projek bercucuk tanam..

Itu saja aktiviti hujung minggu kami... 

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah