Cuti2 Malaysia ~ Pulau Kukup

Assalamualaikum..

N3 terakhir cuti2 kami di Johor Darul Takzim.. negeri yg ada dalam darah daging aku.. cewahhh.. tapi aku tak ngaku aku orang Johor ok.. aku lahir kat nogori yo.. so, dengan ini diistiharkan aku anak nogori.. cuma darah Bugis tetap mengalir dalam darah aku... ceh3..

Ok berbalik pada topik hari ni..

Selepas check-out dari Tanjung Piai Resort.. kami meneruskan perjalanan ke jeti antarabangsa untuk ke Pulau Kukup..

Sampai di kawasan jeti.. kelihatan ramai orang berpusu2 dengan beg2 pakaian.. kebanyakannya orang Cina dan Indonesia.. mungkin diorang nak pergi ke Indonesia atau Singapura.. wallahualam..

Memandangkan cuti tahun baru Cina.. so, parking free kat situ penuh.. so, terpaksalah kami parking jauh sket dari jeti.. caj dikenakan untuk parking adalah rm10 (hari biasa rm8).. ingatkan kami kena menapak ke jeti.. tapi alhamdulillah ada perkhidmatan van disediakan oleh pemilik parking..

berhimpit sket dengan penumpang yg lain..

Sampai di jeti.. kami disambut oleh seorang wanita warga Indonesia untuk ke Pulau Kukup.. so, takdelah kami pening nak mencari tempat bot di celah2 ramai orang tu.. ikut jerk arahan dia.. sure sampai kat bot utk ke Pulau Kukup..

Bayaran dikenakan rm5 seorang.. mungkin time cuti2 ni memang diorang up kan harga kot.. bayaran ni utk pergi balik ya.. setelah kita selesai round kat Pulau Kukup tu kita kena call no yang tertera dalam bot.. diorang akan inform sebelum turun dari bot..

jeti bot..

nasib baik tak ramai yg nak ke Pulau Kukup.. 

tulisan Pulau Kukup pun dah hampir tenggelam.. 
burung2 berterbangan bila mendengar bunyi bot..
dari jauh dah nampak jeti Pulau Kukup..

Ok.. dah nak sampai.. 

orang paling excited nak ke Pulau Kukup.. itupun sebab aku cerita ada jambatan tergantung.. tapi almalang sekali.. jambatan telah dirobohkan.. itu yang aku dengar dari petugas kaunter.. huhuhuhu...

Bayaran masuk ke sini sama macam di Taman Negara Tanjung Piai..

sesi bergambar wajib gitu.. 


cuaca dah mendung menandakan hari nak hujan..

kawasan pulau paya bakau ni sunyi sepi.. hanya desiran air laut jelas kedengaran.. kadang2 kedengaran sampah berbentuk bekas polisterin ais melanggar pokok dibuai dek ombak laut..

yeay! kami dah sampai di sini!!

first impression.. pulau ni Subhanallah.. sangat cantik.. pemandangan hijau.. nyaman.. tenang.. direka pula dengan keunikan bentuk laluan di dalam pulau..

apalah anak dara ni marah sangat ni.. berkerut aja dahinya..

alahai comotnya dik oiii.. makan coklat tak hengat ya..

kesian hero aku sorang ni.. laju jerk jalan.. tak jumpa yg boleh mencabar keupayaan dirinya.. mungkin sebab dia belum faham makna sebuah kehidupan.. 

tinggi wei akar pokok kayu bakau ni..

akhirnya jumpa juga yang menyeronokkan hati anak teruna ni..

terus mood jadi baik dan sangat happy..  

attention!

ada yg paling tinggi rupanya..

I hear and I forget.. I see and I remember.. I do and ... sambung sendiri ya..

perjalanan diteruskan di titian yg lebih kecil.. risau laks rasanya nak lalu sini.. terpaksa tinggalkan stroller Arissa di gazebo berhampiran.. ini pun pekerja kat situ yang suggest kami pergi sini.. katanya cantik utk ambik gambar..

Menara Pemerhati.. aku tak sanggup dah nak naik.. 

cantikkan pemandangan sini..

anak dara menunggu putera kayangan.. ahaks.. cer snap kepala jerk kat depan sekali.. dah macam siput *%&^ ropanya.. hehehhehe...

kawasan yang penuh dengan kehijauan.. best kalau landing2 kat sini.. sejuk jerk..

Kami tak dapat nak meneruskan perjalanan utk ke jeti Sungai Ular sebab hari dah nak hujan.. tak sanggup nak tanggung risiko kebasahan di Pulau Kukup..
 

kami sampai jerk.. bot pun dah ada..

selamat tinggal Pulau Kukup.. InsyaAllah ketemu lagi di lain masa..

Ingatkan kami terus ke jeti tetapi bot menghala ke satu kawasan perikanan.. menarik ni..

salah seorang pekerja memberi keterangan mengenai binatang di laut.. itu namanya belangkas ok! hebat sungguh pekerja ni boleh berbahasa Melayu dengan lancar dan bahasa Cina dengan jelas.. dia menerangkan kat mana part belangkas yang boleh di makan.. dan pantang larang selepas makan belangkas.. tak boleh minum kopi.. nanti korang kena sawan.. hahahahha.. taklah katanya korang akan pening.. 

sampai tunggang terbalik belangkas tu kena campak.. kesian ko belangkas.. ada juga ikan yu dalam jala tu.. biasanya ikan yu jenis ni kaum Cina yang makan.. katanya laaa.. 
Fateh berkesempatan untuk memberi makan ikan bawal..

diorang juga ada sediakan beberapa spesies hidupan laut utk tatapan pengunjung..  eh.. ada tapak sulaiman laaa..

tercapai hajat Fateh utk memegang tapak sulaiman.. aku pun confuse dari mana dia tahu pasal tapak Sulaiman.. sejak di Pulau Kukup asyik sebut pasal tapak sulaiman.. rupa2nya dari cerita kartun kat TV.. hohoho.. seronok lah tu dapat tengok depan mata rupa tapak sulaiman..

ni namanya tapak tangan.. hehehhehe.. spesies ni diberi nama landak laut.. sebut pasal landak laut teringat aku drama Legend of the blue sea pasal sup landak laut.. baru ku tau cenggini rupanya.. ini pun selepas di buang duri nya.. dah tak cantik ropanya..

kakak ni.. nak lalu kat sini pun takut2.. tak robohnya papan ni.. kalau roboh pun paling teruk basah jerk.. hehehehhe.. seronok ke sini.. anak2 dapat pengalaman baru di kawasan penternakan hidupan laut..

Sampai di jeti.. hujan pun turun.. so, kami singgah lunch di restoran berdekatan..  

Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang.. ingat nak singgah Muar.. nak pekena Mee Bandung Muar.. tapi almalangnya.. kami sampai agak lewat sebab jem.. so, kedai peberet dah nak tutup.. so, kami singgah makan mee bandung di kedai yang lain.. tapi rasanya tak sesedap kedai peberet.. ceh3..

Perjalanan keluar dari tol Tangkak memasuki lebuhraya memakan masa berjam2 utk kami sampai ke rumah.. uwaaaaaa.. lotih weiii.. jln jem gilos.. sadis tul laaa... en hubby terpaksa berhenti di r&r utk tido dulu.. daripada layan jem baik kami tido sambil nunggu jalan clear.. pukul 3 pagi baru sampai Putrajaya..

Itu saja cerita cuti2 kami di selatan tanah air.. harap korang juga berminat utk ke Johor..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty