Salam semua..
Fateh dah 4 bulan pada 20 Dis 2009 yang lalu.. sajer aku tak nak wat n3 awal2.. sebab masa tu tak jumpa Dr lagi..
Kami jumpa Dr 29 Dis yang lalu.. itu pun sebab kat celah2 peha Fateh dah merah2.. sampai melecet2.. macam kena ruam lampin.. tapi cam biasa si Fateh ni langsung tak nangis kesakitan..
Kali ni Dr yang kami jumpa bukannya Dr yang rawat Fateh masa dia kena chicken pox..
Kami sampai kat klinik dah nak pukul 8 malam.. nasib baik kami orang kedua.. lepas kami sampai.. ramai lah jugak parents yang datang bawa anak2..
Jumpa jer Dr.. aku bagitahu pasal ruam fateh.. dan kisah dia kena chicken pox.. Dr pun terkejut.. macam mana dia boleh kena chicken pox sebab dia dah dapat antibodi selepas dia dilahirkan..
Lepas tu aku bagitahu.. Fateh tak demam langsung masa chicken pox.. pastu ada kulat dalam mulut dia.. dan sekarang kat celah peha dia laks.. Dr dah suspect lain.. dia kata itu bukannya chicken pox.. itu adalah penyakit lain.. dia kaitkan dengan Kawasaki.. sebab simptom2 tu ada kaitan.. siap tunjuk gambar dalam kamera hp dia... budak dalam gambar tu kena lagi teruk.. habis sebelah muka dia.. nasib baik Fateh tak teruk sangat masa kena tu.. tu semua ada kaitan dengan kebersihan.. hmmm.. so, pada aku Fateh memang terdedah dengan persekitaran yang kotor..
Balik rumah aku cari info pasal kawasaki.. kalau ada pun hanya 10% je sama.. yg lain simptom2 Kawasaki langsung takde pada Fateh.. peliks laaa.. aku rasa bukannya Kawasaki.. mesti penyakit lain.. aku jadi serba salah.. apa sebenarnya penyakit Fateh ni.. ruam di peha masih tidak sembuh sepenuhnya walaupun dah letak ubat..
Pada aku.. Fateh mungkin kena chicken pox atau cacar air sebab simptom2 tu ada kaitan dengan Fateh.. sapa2 nak tahu leh baca kat link ni
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/CacarAirKanak_kanak.phpOklah.. tak nak serabutkan kepala otak aku dengan info2 perubatan yang tak de kesudahannya... jom layan perkembangan Fateh pada usia 4 bulan ni..
amacam mama.. ada gaya papa tak??
1. Fateh dah pandai meniarap...
2. Fateh dah boleh gelak ketawa.. tu pun kalau orang tu pandai ambik hati dia.. hiks..
3. Rambut dia dah makin tumbuh.. Fateh still encem laaa..
4. Berat dia aku tak sure.. lupa nak timbang aritu.. dok sibuk memikir penyakit dia.. tapi aku rasa mungkin dah lebih 6.5kg..
5. Dah pandai.. tak mau tinggal sorang2.. confirm menjerit dia..
6. Kalau nak tidur tu.. tentulah mama dia yang tidurkan.. tepuk2 punggung atau bahu dia.. pastu kalau dengar suara dia.. macam ni yer... "aaa".. "aaa".. "aaa".. pastu senyap.. tangkap feeling dulu.. baru tidur.. .. macam2 pattern anak aku ni..
Comments