Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Setelah 2 bulan

Dah masuk Mac kan..

So, maknanya Amiera dah bersekolah 2 bulan lamanya..

Progress dia kat sekolah sekarang ni...

1. So far aku tengok dia dah boleh bawak diri sendiri...

2. Sentiasa dengar arahan cikgu

3. Boleh hafal sket lagu sekolah dan lagu WP..

4. Tak pernah miss siapkan kerja sekolah (tiap2 petang aku ngadap dia sebab nak suruh dia siapkan semua kerja sekolah walaupun subjek tu takde keesokan harinya..) 

5. Kerap dapat A dalam hasil kerja sekolah kat Sek. Agama.. kat Sek Rendah.. banyak guna 'Star', Baik, Good..

6. Pandai susun buku ikut jadual.. hari2 kena training ngan aku.. tapi kena buat sama2.. kalau dia sorang2.. buku ntah ke mana.. jadual ntah ke mana.. cuma jadual Sek Agama jerk dia fail lagik.. nak tak nak aku ler yg kena bacakan bagi pihak..

7. Pandai basuh kasut sendiri.. mula2 tu cincai boncai.. lanni boleh tahan bersihnya.. tang yg jenis susah nak sental tu aku yg tolong sentalkan..

8. Kurang berkemahiran kapur kasut.. kasut stil tak proper di kapur.. tapi tangan ngan lantai habis kena kapur.. per kes!! last2 aku yg tolong kapurkan..

9. Pandai berbelanja kat sekolah.. pantang dapat duit jerk (bagi duit cukup2 jer.. kalau bagi lebih ntah apa yg dibelinya ntah.. bila ditanya jer.. senyap.. diam seribu bahasa.. memang hangen jer aku!!).. tapi masih tak berapa mahir tentang pengiraan duit..

10. Dah pandai main2 kat taman permainan berhampiran Sek Agama.. ni yang aku risaukan sebab waktu sekolah agama habis lebih kurang kul 6.. tapi kalau hari Jumaat habis awal.. so, boleh dia pi seberang jalan pi main kat taman.. kereta kat situ memang banyak.. dah banyak kali aku pesan.. jangan main kat taman.. bahaya..

Oklah.. takat ni dulu.. next time kalau ada story aku cerita lagi yer...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah