Assalamualaikum...
Dah 7 bulan lebih usia Arissa... dia demam lagi untuk kali ke-3 kalau tak silap.. demam yg on-off..
Arissa start demam hari Rabu minggu lepas.. Jumaat.. dah x demam.. awal pagi tu aku rasa badan dia tak panas.. so, aku tak bagi ubat demam.. esoknya Sabtu.. rasa badan dia hangat sket.. tak lama lepas tu naik tinggi mendadak.. suhu lebih 38.. start makan ubat demam.. Ahad pi klinik.. tekak Arissa merah dan tonsil dah bengkak... aduiiii.. bila melibatkan tonsil ni mesti makan masa yg agak lama nak sembuh.. dr bekalkan antibiotik.. aku kalau boleh tak nak bagi Arissa antibiotik.. tapi tak nak lagi melarat dan kesian dengan keadaan dia.. bagi jerlah.. tutup jerlah sebelah mata walaupun aku tahu ketidakbagusan bagi antibiotik especially kepada baby..
ni masa kat klinik.. menggayakan dress Holabebe hat usia setahun... huhuhu.. cam tak demam kan.. tapi suhu 38.4 masa ni..
Balik dari klinik singgah kedai Az-Zain Bangi beli ayam organik.. nak buat stok ayam untuk Arissa.. khabarnya bagus untuk rawat selesema dan demam baby... huhuhuhu.. so, tak salah utk mencuba kan.. lagipun Arissa dah 7 bulan.. dah boleh start makan ayam..
untuk permulaan aku cuma guna beberapa ketul tulang ayam, kaki dan kepak.. campur dengan rempah 4 sekawan, carrot, halia, seleri dan bawang.. rebus dalam 3 jam sajork sehingga air tinggal suku dan isi ayam jadi hancur..
hasilnya dapat banyak ni jerk.. simpan dalam freezer..
brown rice, chicken stock, carrot, sweet potato, dates, EVOO
rupa tak menarik kan? tapi habis setengah mangkuk Arissa makan.. Arissa memang suka makan bubur.. sebab tu berat badan dia naik mendadak dari 6.19kg - 6.98kg..
Sehari jerk bagi bubur yg dicampur dengan stok ayam.. naik ruam kat badan.. huhuhuhu.. stop lah kejap.. takut Arissa alergik.. atau pun ruam tu naik sebab demam dia dah nak kebah.. wallahualam.. nanti kalau dah habis makan antibiotik.. baru aku start semula bagi bubur ngan stok ayam.. nak tengok betul ke Arissa alergik ngan ayam..
Dan..
Andainya next time Arissa demam lagi.. aku nak cuba semula cara alternatif.. rawatan secara islam.. dengan mengamalkan pemakanan sunnah.. cuma mungkin makan masa yg agak lama nak sembuh.. so, memang kena standby cuti banyak2 nak jaga dia.. tapi kalau tak ok jugaks.. nak tak nak kena sumbatkan jugaks ubat demam.. cuma kalau boleh nak elak pengambilan antibiotik..
bila dah sihat... eiiiii.. geget kang!!
Semoga cepat sembuh dan sentiasa sihat yer sayang!! mama sayang Arissa ketat2!! muaaahhhhss..
Comments