Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Keputusan PT3 2019

Assalamualaikum...

Lamanya aku tak bersiaran.. kesibukan kerja coding aku yg non-stop.. dah settle satu sub modul.. tak sempat nak bernafas.. mai pulak keje penilaian teknikal tender.. aduhaiiii... naik sesak rasanya... hujung2 tahun ni lah keje makin banyak.. nak2 pulak tender.. selalu lantik aku hujung2 tahun.. hangin jerk.. dahlah ramai yg cuti.. nak ambik masa diorang utk buat meeting bukannya senang.. dengan partner sorang lagi buat tengin jerk.. haram nak reply email aku.. so, kena buat sorang2.. ni yg aku maleh keje ngan lelaki ni.. huh! urusan tender pun dah nak selosai.. tunggu sign pengerusi jerk.. coding yg nak betulkan balik pun tinggal sket.. nak kena bincang ngan team projek dulu.. sambil tu leh lah ak curi masa sket nak up story... story2 lain aku up kemudian laa.. bila dah betul2 free dan takde mood 'M'..

Result PT3 dah keluar ya 19 Dis baru2 ni... aku cuti masa tu sebab senang nak uruskan banyak benda.. nak kena pergi sekolah Fateh beli buku sekolah dia.. pastu gi sekolah Mira nak beli buku dan ambil result.. aku malas nak keluar2 pejabat time keje tengah banyak.. baik aku cuti lupa segala2 pasal kerja..

Pukul 10.15 lebih kurang kami sampai ke sekolah Mira.. tengok dah ramai student menunggu giliran nak ambil result.. suasana tak sama macam masa ambik result UPSR dulu.. murid2 berdebar2 dengan pengumuman dari guru.. sorang2 kena panggil nama based on result.. tapi kali ni.. suasana macam buat perjumpaan guru dan ibu bapa jerk.. takde pengumuman bagai.. ko nak tengok graf result sekolah pergi jerlah kat papan tanda..

Tiba giliran Mira.. makcik tu aku nengok tangan dia dah gigil.. hehehheheh... nampak luaran cam relax jerk.. dalaman dup dap dup dap... hehehhehe.. selalu kena kacau ngan aku...

Alhamdulillah syukur.. Mira lulus semua subjek.. dan merupakan pencapaian terbaik dia sejak UPSR.. walaupun tak dapat straight A... at least A yg dia dapat membanggakan kami dan diri dia sendiri kerana semuanya atas usaha sendiri... aku tak pernah ajar dia.. aku cuma bagi nasihat jerk.. selebihnya doa dan tawakal.. walaupun ada beberapa subjek yg aku tak puas hati.. tapi redha jerlah.. jauh lagi perjalanan dia.. SPM lagi 2 tahun.. tapak permulaan yg menentukan masa depan dia...

Cabaran anak2 kelahiran 2004.. yg boleh dianggap sebagai tikus makmal sejak KSSR di perkenalkan di sekolah rendah dan KSSM di sekolah menengah... sabar yerk anakku.. SPM lagi mencabar dengan format yang baru.. format peperiksaan yang masih tidak diketahui.. harap2 janganlah sama seperti PT3.. tahun nak exam baru nak keluar format macam2.. kesian anak2 tikus makmal ni.. semoga anak2 tikus makmal ni berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat.. aamiin..

Masa nak ambil result tu... aku agak kecewa sket dengan pihak pengurusan sekolah.. tiada privasi result anak2.. kenapa tiada fail bertutup di sediakan utk setiap murid... hanya berbekalkan fail transparent... result diatas sekali.. yg lain2 dokumen duk kat belakang.. ko rasa macam mana.. kesian anak2 yg nama awal.. sah2 semua orang dapat tengok result dia atas meja.. pastu pelajar2 dan parent yg beratur kat belakang pun boleh tengok result anak yg tgh duduk... huh... dan seperkara lagi yg aku tak puas hati.. dari segi cetakan sijil dan dokumen yg lain.. macam takde value.. cetakan hanya di atas sekeping kertas berwarna yg sangat nipis.. tebal lagi kertas A4 kat opis aku.. apalah salahnya sijil tu di cetak di atas kertas yg tebal.. aku bising sebab parent bayar yuran utk program PT3.. daripada buat program lawatan masa lepas exam PT3 aritu.. baik salurkan sket hasil bayaran parents tu utk tujuan cetakan sijil...

Aku tengok sekolah lain.. siap ada sesi penyampaian sijil lagi.. dari yang dapat straight A sampai 5A pun ado... siap ambil gambar bagai... sekolah Mira.. nan ado.. ko pandai2lah nak ambik gambar sendiri.. apalah salahnya appreciate pelajar2 yang telah bertungkus lumus untuk menaikkan rangking sekolah.. sekolah yang bukan bandar pun reti nak appreciate pelajar2 diorang... leh tengok link ni... ker sebab sekolah Mira ramai sangat yg dapat banyak A tu yang tak mampu nak buat kot... kwang3...

Oklah.. malas nak taip panjang2.. apa pun tahniah Mira.. hadiah pun dah dapat kan.. suke lah tew!! so, tutup lembaran PT3.. buka buku baru utk SPM.. 2 tahun yg sangat singkat.. buat yg terbaik utk masa depanmu... mama sentiasa doakan yg terbaik utk semua anak2 mama..

Tahniah juga utk semua anak2 tikus makmal batch 2004... see ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah