Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Juadah Musim Covid-19

Assalamualaikum...

Malaysia dah masuk zon pemulihan.. PKPP.. semoga Malaysia akan bebas dari pandemik Covid-19.. aamiin...

Aku pun dah mula full bekerja kat opis sejak 2 hari yang lalu.. si Arissa dah start tadika hari ni.. bersemangat dia nak masuk tadika balik.. huhuhu.. rindu sangat lah tu nak jumpa kawan2... tadika Arissa memang beroperasi sepenuhnya buat semua student.. aku pun tak sure muat ke tidak semua murid dalam tu untuk amalkan SOP.. sebab memang aku dah kena bayar full payment.. nak tak nak Arissa kena juga pergi sekolah walaupun kakak ngan abang dia still kat rumah... elok juga dia gi sekolah.. kesian .. aku takde masa nak ajar dia even aku keje dari rumah sebelum ni..

Kerajaan pun dah umum sekolah rendah dan menengah akan mulakan sesi pembelajaran mulai pertengahan Julai.. hmmm.. satu petanda baik.. semoga kita semua akan back to normal life.. yahooooo....

Berbalik pada topik... masa musim PKP dan PKPB... ramai betul up status masak macam2.. seronok tengok kerajinan orang masak memasak ni.. aku ni aduhaiii.. makin malas dibuatnya.. bila tengok ada resepi2 yg menarik baru terhegeh2 nak mencuba.. hahahhahaha...

So, orang lain up macam2 kan.. aku up mana yg sempat aku cuba resepi jerlah yerk.. yg lain2 tu menu macam biasalah sampai naik muak aku nak masak..

dalgona coffee.. viral betul kopi ni.. sampai aku pun terpengaruh nak mencuba..

roti canai pun cuba2 buat.. tobatlah nak buat lagi.. 

murtabak kulit popia.. buat masa bulan puasa..

juadah berbuka... ayam panggang ala kenny rogers..

teringin nak makan kuih lopez masa puasa.. masak telan sorang2..

sup ekor.. resepi sejibik sejibon aku tiru kat fb.. sekali kau melaha en abe aku makan.. hahahhaha.. podeh nak mampus.. sian dia tau... 

sup ayam versi mamak.. yg ni tak pedas.. anak2 semua suka..

asam laksa.. peberet aku.. tak rugi mencuba resepi ni.. 

ni menu bila malas melanda nak masak utk dinner.. asalnya nak masak mee goreng basah.. sekali ropa dah macam mee hailam.. hahahhaha... lantaklah.. yg penting licin..

burger hantam sajalah..

seri muka durian..

seri muka manis gitewww..

choc muffin..

banana choc cake..

kuih dangai legend.. sedap gak.. aku kan suka cuba try test.. tapi resepi hat senang2 jerklah.. yg renyah2 sekadar melihat resepi sahaja.. hahahhaha..

apam balik.. nyum3..

kek batik.. full of choc.. peberet anak2..

lempeng citra-rasa kayangan... hahhaha.. kayanganlah sangat..

projek RBT si Fateh masa PDPR..

tempahan dari opismate..

tempahan dari opis en suami.. tapi aku rasa kurenglah.. perisa pandannya macam takde umph.. beli kat Aeon kalau tak silap.. x ingat jenama apa.. sorry yer..

utk besday anak2..

kek oren.. peberet opis en suami..

Oklah.. sket kan menu2 yg aku cuba masa musim covid-19 ni.. hehehehhe.. bukannya makin rajin.. makin malas adalah.. hahahaha.. see ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah