Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

August

Assalamualaikum..

Lamanya tak update.. malas sungguh nak menaip.. korang sihat ke? aku macam ni laaaaa... usia semakin bertambah.. amalan?? hmmmm... masih tak cukup utk menemui-Nya.. Ya Allah... andainya sisa hidupku masih panjang.. Kau kurniakanlah limpah rahmatMu ke atas hambaMu ini untuk sentiasa ikhlas dalam setiap amalanku.. Kau dengarlah rintihan dilubuk hatiku ini.. semoga aku tenang dalam menghadapi setiap ujian dariMu... aamiinnn.. aamiinnn.. ya rabbal alaamiinn...

Berbalik pada topik... August.. byk istimewanya di bulan ni.. bulan kelahiran anak2 kurniaanNya kepada insan seperti aku.. Amiera dan Fateh.. cuma selang dua hari jerk.. dan 13 Aug adalah hari Kidal Sedunia.. kebetulan anak2 aku dua2 kidal.. sambutan secara sederhana sahaja.. kali ni sambut masa birthday kakak.. tahun depan tgk camna.. birthday sapa yg jatuh hari cuti.. time tu lah kita sambut ya.. hahahhahaha.. senang sekali harung.. malas nak fikir banyak.. dan bulan 8 juga semua orang akan sambut... hari ulang tahun kemerdekaan tanah air kita.. pada sapa2 yg tak nak sambut or tak nak menghargai tu baik toksah duk Malaysia.. pi jauh2.. 


aku buat brownies jerk.. malas nak buat kek berkrim2 ni.. diorang bukannya makan pun..

dak kenit ni mesti nak join sekali.. ko jgn cakap bukan birthday dia.. muncunglah jawabnya.. sib baik dia tak check nama dia takde atas kek.. huhuhuhu..

malamnya kami dinner kat sini.. macam menarik.. siap ada band lagi.. segan pulak aku nak suh orang band tu nyanyi happy birthday utk mira dan fateh..

budak happy.. sentiasa dengan dunia dia..

makcik ni sentiasa serius.. 

budak banyak akal.. baru keluar dah letih.. haus nak ais kosong.. huh!

aku makan ni jerk sebab tak lalu nak makan berat malam2.. heheheh.. rasa not bad.. cuma kena kurangkan masin.. dan mee tu kalau boleh dilembutkan sket.. kalau teringin nak makan mee udang blehlah singgah sini lagi.. 

Oklah.. tak nak bebel lama2.. kepada anak2 mama.. semoga kalian berdua sentiasa dalam lindunganNya.. dikurniakan umur, kesihatan dan rezeki yang berpanjangan.. semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat.. semoga kalian kuat dan tabah dalam mengharungi liku2 kehidupan yang bakal ditempuhi... aamiin... mama sayang anak2 mama.. muah3..

See Ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah