Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

'Kembar' sudah tiada

SEPANG: “Sebelum bercuti hari raya baru-baru ini, setiap hari boleh dikatakan dia pulang lewat kerana mahu menyelesaikan semua urusan kerja di pejabat,” kata seorang kakitangan Kementerian Kesihatan dikenali sebagai Hashimah mengenai nasib rakan sepejabatnya, Rosimah Mohammad, 47, yang maut dalam kemalangan di sini, semalam.
Menurutnya, sebelum cuti Aidilfitri baru-baru ini, rakannya itu yang juga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian Kesihatan, Putrajaya mahu menyelesaikan segala urusan berkaitan kerja di pejabat sebelum bercuti menyambut hari raya.

“Dia menumpukan sepenuh hati terhadap urusan kerja kerana tidak mahu bertangguh. Datang awal ke pejabat seperti biasa dan hari-hari boleh dikatakan pulang lewat petang.
“Saya tidak menyangka perkara ini terjadi kepada Rosimah. Sebagai kawan baik memandangkan kami duduk bersebelahan meja, sudah tentu saya terkejut di atas kejadian menimpanya,” katanya ketika ditemui di Hospital Serdang.

Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi itu, Rosimah dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja dengan memandu Toyota Camry, namun tiba di Kilometer 2, Persiaran Putrajaya dari arah Dengkil, kereta dipandunya itu hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan di sebelah kanan.

Akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala kereta mangsa mengalami kerosakan teruk. Pasukan bomba dan penyelamat dari Putrajaya yang tiba tidak lama kemudian berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh lima minit.
Hashimah berkata, dia berasa pelik apabila tidak nampak kelibat Rosimah di pejabat pada pagi kejadian, sekali gus terdetik di dalam hati untuk bertanyakan kepada rakannya itu.

“Saya berasa pelik kerana apabila sampai saja di pejabat saya tidak nampak Rosimah. Tunggu-tunggu dia tetap tak muncul, menyebabkan terdetik dalam hati untuk menghantar SMS bertanya sama ada dia masih bercuti atau mengambil cuti kecemasan.
“Apabila dapat tahu dia terbabit dalam kemalangan, saya tak tahu nak cakap apa lagi, sebab kami memang rapat. Pergi ke mana selalu bersama, malah ada rakan pejabat yang keliru kerana menyangka kami kembar,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Suprintendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima laporan kemalangan jam 8.45 pagi.

Katanya, siasatan awal polis mendapati kereta mangsa hilang kawalan disebabkan keadaan permukaan jalan licin berikutan hujan.

Sumber http://www.hmetro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah