Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Resepi Kek Minyak Kukus

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? sihat ka?? aku alhamdulillah.. masih diberi kesempatan utk menghirup udara pinjamanNya..

N3 ni utk kawan blogger yang baru dikenali.. Miz Eija.. nak resepi kek minyak.. tapi sebelum tu aku nak cerita sket..

Cuti hari minggu aritu.. aku balik umah mak aku.. dah 2 bulan ko tak balik... bukannya jauh pun.. dokek yo haa.. tak sampai sejam bleh sampai..

Borak2 ngan mak.. ntah macam mana bleh terborak pasal kek yg aku buat.. siap tunjuk lagi gambar kat mak aku.. pastu mak aku tanya.. dialog bermula..

mak : ko pukul pakai apo??
aku : pakai tangan yo.. tak boli pun mesin puku tu. bukan eh selalu buek kek pun..
mak : ko ambiklah mesin tu..
aku : mesin apo eh?
mak : mesin buek kek tu laa..
aku : mak ado ko?
mak : apo tak ado eh lak.. kan kau yang boli maso kau bujang dulu..
aku : erk.. (bila masa aku beli).. bilo lak oghang boli..
mak : adooo.. kau boli kek somban.. maso tu kau kuar ngan adik kau.. mak telepon kau suh boli mesin tu..
aku : yo ko?? tak ingatlah.. (sah!! aku memang tak ingat langsung.. aku mudah lupa lah weiii... aduiii.. banyak menda aku tak ingat ok!! sindrom apa kah ini??)

alhamdulillah.. rezeki jangan ditolak.. mak aku bagi mesin tu memandangkan aku ni terlebih rajin buat kek.. lagipun mak aku tak reti nak guna mesin tu.. kalau aku tau... dah lama aku mintak mesin tu kat mak aku..

masa mak ngan abah aku ambik mesin tu dalam kotak besar.. merangkap mini stor.. terjumpa mini oven.. mak offer kat aku lagi.. perghh.. cantik sangat2lah.. blehlah aku membako apa yg patut..

bila Amiera tau mak aku nak bagi mixer ngan mini oven tu.. terus dia suh aku buat kek ngan biskut petang semalam.. amboi3.. banyak cantek.. kek jerk boleh.. biskut lain kali.. bahan2nya nggak ada..

Oklah.. back to main story.. kek minyak kukus.. ni versi ke-3.. kali ni aku just guna 2 kaler jerk.. maleh nak buat byk2 kaler.. dan resepi ni aku ubah sket.. sket jerk pun.. Miz Eija.. jangan lupa salin.. tak pun snap guna hp jerk.. hehehehe..

Bahan2:-

4 biji telur.. aku guna gred B kot kalau tak silap.. * resepi asal 5 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri.. * resepi asal guna tepung gandum

1 cawan minyak.. aku guna minyak kelapa jerk..
1 cawan susu pekat manis.. aku guna F&N bervitamin
1/2 cawan gula castor
1 st esen vanilla
1 sb ovalette
1 st baking powder.. * aku tak guna coz aku guna tepung naik sendiri.. kalau nak guna jugak standby lah kek tu melimpah2 keluar loyang
Pewarna

Cara2:-

1. Pukul telur, gula dan ovalette sampai kembang

lalalala.. kerja aku dah senang.. alhamdulillah mesin ni masih berfungsi dengan baik walaupun dah lebih sedekad tak diguna..

2. Masukkan minyak, susu pekat dan esen vanilla.. pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul rata.. kacau hingga sebati
4. Bahagi adunan dan warnakan ikut citarasa masing2.. resepi kali ni aku bahagi adunan kepada dua.. satu adunan guna pewarna merah.. satu adunan lagi aku tak warnakan..
5. Panaskan pengukus.. so, bila proses susun warna tu dah siap.. air pun dah menggelegak.. memang canteklah..
6. Proses susun warna.. mula2 tuang adunan warna asal ditengah2 loyang sebanyak 4 sudu besar.. pastu masukkan 4 sudu besar adunan berwarna merah diatas adunan tadi.. ulang sehingga semua adunan habis.. kalau uols guna 4 warna.. blehlah guna 2 sudu besar setiap warna.. kalau nak ikut cara sendiri pun boleh..


kalau byk warna berpinar2.. rasa berpusing2 biji mata..
7. Kemudian.. ambil lidi dan lorekkan kek tersebut.. ikutlah uols nak gaya cemana pun.. asal berlorek.. tak nak susun dan lorek pun no hal laaa.. rasa kek totap samo..

siap utk dikukus 

8. Kukus selama 45 minit.. kalau boleh uols bungkus penutup pengukus ngan kain.. tapi aku maleh.. boleh aja.. cuma jgn bukak penutup masa kek tengah dikukus.. bila dah cukup waktu.. tutup gas.. pastu aku bukak penutup kukus.. biarkan kek sejuk.. dalam 10 minit dah bleh potong kek.. nak makan time tengah suam2 tu pun sedap gaks.. nak makan time sejuk pun sodap!

kek naik dengan cantiknya.. nampak tak ada kesan lembab di tengah2 kek.. tu adalah kesan dari air dari penutup pengukus.. tak kisahlah.. aku bukannya nak menjual pun.. makan sendiri jerk..


siap utk dingap!

Ulasan : tekstur kek kalau guna tepung gandum agak berbeza sket jika dibandingkan dengan tepung naik sendiri.. kalau guna tepung naik sendiri kek tu naik cantek dan tekstur kek tu ada ropa macam kek span.. kalau guna tepung gandum.. agak padat sket.. sket jerk pun.. rasa tetap sama..

So, Miz Eija.. selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah