1st Birthday Celebration ~ Hanis Fara Arissa ~ Preparation

Assalamualaikum..

Sebelum nak cerita pasal majlis.. meh aku nak kongsi sket persediaan yang aku buat sejak Januari lagi.. ada yang aku beli dan ada yang DIY

Pertama sekali.. tema.. sudah semestinya Hello Kitty.. so, bila dah ada tema tu.. google jerklah.. banyak contoh2 tema Hello Kitty.. aku nak buat gah sangat2 tu taklah.. yg penting ado.. tepuk dada tanya poket kannn..

So, idea simple aku... ada meja deko dan meja utama..

Untuk meja deko, aku dok bayangkan apa yang aku nak atas meja tu.. siap lukis draf lagi ko.. huhuhuu... yerlah.. nak kena prepare peralatan bagai kan.. sanggup pi ikea beli balang kuih dan pasu  tau!.. pastu nak kena fikirkan jugak banner, flag dan belon kat meja deco..

Senarai keperluan utk meja deco :-

1. Meja - guna coffe table sedia ada kat rumah
2. Alas meja - beli kat kedai kain.. memang khas utk buat majlis2 ni.. aku beli 2 meter dalam rm7..
3. Balang kaca dan pasu - beli kat ikea.. murah2 sajork..
4. Piring putih - beli kat kedai DIY.. mahal jugaks laa.. melamine jerk kot..
5. Mug Hello Kitty - beli kat kedai cenderahati.. dalam rm10..
6.  Frame Hello Kitty - beli kat kedai cenderahati.. below rm15
7. Tray cupcake - beli kat kedai DIY.. below rm10..
8. Mini choc fountain - beli online jerk.. rm30.50
9.  Patung Hello Kitty - beli kat kedai cenderahati.. seketul dalam rm12


10. Scallop tag - aku buat sendiri sajork.. cari kat internet.. pastu design.. print.. gunting.. DIY kan..
11. Prop Hello Kitty - DIY jerk.. best apa main gunting dan gam ni kan..


12. Flag Hello Kitty - DIY jugaks.. beli paper A4.. main lagi gunting dan gam.. dan magic color..
13. Banner Hello Kitty -  tempah online.. murah jerk.. sekali pos below rm30

Juadah atas meja deco bertemakan hello kitty dan tema warna pink, putih dan hijau:-

1. Kek
aku impikan kek ala2 camni.. tapi 2 tingkat udahlah.. pic credit to google..

2. Cupcake - baker caj mahal sket utk fondant.. so, aku tukar kepada patung Hello Kitty.. at least bleh jadi gift pada budak2.. baker tak jumpa HK yang aku nak.. aku sendiri yang pi cari..

cupcake yang aku impikan.. pic credit to google..

beli satu papan dapat harga murah sket..

3. Apam polkadot
apam cenggini yang aku impikan..pic credit to kekcawan.com.my

4. Cookies - asalnya nak buat sendiri seperti post yang aku try test buat tu.. last2 tak jadi.. leceh!.. last2 beli biskut biasa2 sajork..

tinggal kenangan.. memang taklah aku nak buat lagi..

5. Chocolate - memandangkan susah nak buat cookies.. aku try buat chocolate.. lagi senang.. nasib baik jumpa hello kitty mould kat kedai bakeri

suke3..

6. Kudap2 yang budak2 suka - stick straw perisa strawberry dan jelly
7. Marshmallow+buah2an - marshmallow pink + putih, buah strawberi, anggur dan kiwi


Meja Utama :

Semestinya meja yang akan penuh dengan makanan.. menu utama, kami plan tempah sajork.. yg lain2 macam karipap, nugget dan wedges aku akan goreng jerk.. puding dan air buat sendiri.. air pun ada tema tau.. hehehehe.. plan nak buat air bandung soda, air gas F&N yg perisa buah2an warna hijau dan ada air teh O.. kot2 ada yang nak minum panas kan petang2 tu..


Lain2 Persediaan :-

1. Door Gift - paper bag dan gift beli kat GM Klang.. selain tu ada gaks kudap2 akan dimasukkan..
2. Cawan, piring dan topi bertema Hello Kitty pun beli kat GM Klang.. kena beli borong kalau nak dapat harga murah..
3. Dress Arissa.. asalnya nak beli kat kedai Hello Kitty kat IOI Mall tapi mahal nak mampos.. tak berbaloi.. last2 jumpa online..

kebetulan ada sale.. 2 pasang ni aku beli dapat harga kurang dari rm50.. murah kan.. 

4. Belon - jumpa kedai belon tak jauh dari Makcik Bakery kat Bangi.. kena beli belon pada hari majlis akan diadakan.. katanya belon cuma tahan 8 jam..
 5. Kad Jemputan - buat online jerk..

ambik pic kat google.. pastu aku edit sket.. kredit to google dan pic asal..

Rasanya tu jerk kot persediaan yang makan masa hampir 4 bulan.. huhuhuhu.. ni baru majlis harijadi.. kalau majlis kawen tak taulah camno... hahahhahahaha.. pengsan!

Sehari sebelum majlis..

Nanti aku up n3 pasal birthday.. perancangan sebaik mana sekalipun.. pasti ada yang tak menepati citarasa kita kan.. huhuhuu.. nanti uols compare lah yerk.. sob3..


2 omelan:

glowing party house said...

AsSalam.. nanti kalau nak cari barang party dan belon terapung helium, leh la singgah di cawangan kami di Bangi Sentral sebelah Butik Felinna tu.
or boleh jugak di cawangan kami di jalan reko sentral dan juga usj21.

glowing party house

Faina Arisya said...

wsalam..

thanks singgah blog saya..

memang plan asal nak ke glowing party house jalan reko.. sebab pernah beli goodies bag sebelum ni.. tapi sebab jauh.. huhuhu.. ni dah dekat senanglah.. tq ya!

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty