Resepi Brownies Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum..

Sabtu malam minggu.. memang plan asal nak buat brownies kedut pada belah petang,... tapi ada urusan pagi ke petang tu.. jadi aku letih lah sangat2.. so, esok lah kononnya nak buat.. petang tadi baru singgah Yummy beli coklat kompaun dan loyang yang boleh muat pemanggang ajaib aku.. tapi Amiera suruh jugak aku buat.. tak sampai hati pulaks rasanya tak buatkan.. kang takut tak jadi satu hal.. hehehhehe.. tapi bersyarat jugaks.. dia kena tolong aku timbang bahan2..

Kenapa tetiba nak buat brownies?? sebabnya.. aku stress bila ada budak opis jual brownies yang kawan dia jual.. mahal beb!! rasa cam tak berbaloi beli.. makan ngap2 sekejap jerk habis.. huhuhuhu..

first time baking ikut sukatan gram.. sblm ni pakai sukatan cawan jerk.. sib baik ada penimbang dari Susta Club.. tak rugi aku redeem..

Bila fikirkan balik.. nak buat brownies ni kena ada oven.. tapi aku takde oven.. camno?? so, cuba try test guna pemanggang ajaib.. alhamdulillah jadik.. cuma yang tak jadiknya.. tang kedut tu... grrr.. dah 3 kali aku buat.. dah ikut sejibik sejibon arahan dalam resepi.. pun tak jadik jugak kedut.. lantak pilah.. yang penting boleh makan dengan aman dan dengan banyaknya.. tak yang nak pening2 fikir.. nak suap seketul dalam mulut tapi dok bayangkan.. arghhh mahalnya... hehehehehe.. nak2 pulaks si anak dara tu.. makan tak hengat!! kalau boleh satu tray tu dia punya.. grrrr..

Sebab kedutnya tak jadi.. so, panggil brownies jerlah walaupun resepi asal brownies kedut.. huhuhu..

 So, inilah hasilnya...

percubaan pertama.. tgh2 malam minggu makan brownies.. gemuklah anak aku..

batch kedua.. buat lagi sebab batch pertama punya dah habis awal pagi.. so, buat minum petang..

batch ketiga buat lewat petang.. nak bagi kawan2 kat opis..

Resepi?? nak ke?? resepi asal aku ambik dari fb Kathy Kay.. tapi aku tak ikut 100% bahan2nya dan aku bahagi bahan2 tu kepada 2 sebab loyang aku guna saiz 7 inci..

Bahan2:-

200gm coklat kompaun (aku guna jenama Beryls extra dark.. saja gatal nak try yang dark2 ni.. hehehhee...)
75gm butter (aku guna unsalted butter jenama Anchor)
50gm gula kastor
50gm gula perang
50gm tepung naik sendiri
15 gm serbuk koko
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
secubit garam

Cara buat:-
1. Potong kecik coklat kompaun.. then cairkan bersama butter.. guna kaedah double boiler..
2. Tapis tepung dan serbuk koko
3. Panaskan pemanggang ajaib
4. Satukan telur, gula perang, gula kastor dan esen vanila.. gaul sebati guna hand whisk atau senduk kayu.. aku guna senduk kayu jerk.. senang..
5. Masukkan coklat yang dah dicairkan.. gaul sebati..
6. Masukkan tepung dan serbuk koko yang dah ditapis sedikit demi sedikit.. gaul rata..
7. Masukkan garam..
8. Tuang ke dalam loyang yang dah dialas dengan kertas minyak
9. Bakar dalam pemanggang ajaib guna api kecil selama 30 minit..
10. Lepas 30 minit, tutup api gas dan buka penutup pemanggang ajaib dan sendal dengan senduk kayu.. sket jerk terbuka.. biar selama 30 minit.. kononnya kaedah ni nak dapatkan kedut tu.. tapi tak menjadi pun.. kalau guna oven betul2 jadi kot..

Oklah selamat mencuba!



1 omelan:

syalinda johari said...

kak iena..macam leh buat jual dah tu..cantik jadinyaa

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty