Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Fantasy Rainforest @ PICC Putrajaya

Assalamualaikum..

Kisah Jumaat lepas..

Khabarnya hari terakhir tiket percuma untuk kakitangan awam.. ingatkan tak dapat nak pergi tengok.. maklumlah en suami biasanya balik lewat.. huhuhu..

Kebetulan hari Jumaat tu en suami balik awal.. yeahhh.. blehlah ajak pergi tengok.. call untuk booking takut tempat duduk penuh.. ambik Arissa dulu pastu ambik Amiera dan Fateh kat kelas Kafa.. terus ke PICC.. dah nak dekat pukul 6 masa tu.. persembahan terakhir adalah pukul 6..

Oh ya.. Fantasy Rainforest ni adalah persembahan kebudayaan dari negeri Sarawak.. berkisarkan kehidupan fauna di Sarawak.. ada cerita dalam persembahan tersebut.. di selitkan dengan adegan akrobatik, silap mata dan tarian..

pic credit to picc.com.my

Sampai di kaunter pendaftaran.. tunjuk pass kerja.. satu pass untuk satu family.. pastu kena cop kat tangan.. urusetia yang bertugas menasihatkan aku supaya duduk di belakang sedikit sebab sound effect tu agak kuat dan boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada anak2 kecil.. kebetulan aku dukung Arissa kan..

Masuk jerk Hall A tu.. dah penuh orang di bahagian depan.. persembahan pun dah bermula.. memang kuat bunyi nya..

Layan gambar yang tak berapa nak cantik ni.. maklumlah guna hp kamera yg tak canggih ni kan.. tak sempat singgah rumah ambik kamera..

persembahan akrobatik percintaan burung enggang dengan apa ntah..

tarian yang sunggu bertenaga..

di akhir persembahan sambil menyanyikan lagu Rasa Sayang

sesiapa yang nak bergambar selepas persembahan bolehlah beratur menunggu giliran..

anak beranak ni memang sporting kalau bergambar.. ada jerk gayanya.. kalau suruh aku ngan Amiera.. memang berdiri tegak jerk.. huhuhu..

Overall persembahan.. memang terbaik.. persembahan yang sungguh bertenaga.. jalan cerita ok.. so, uols nak pergi tengok bolehlah ke PICC..

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web fantasyrainforest.com

Selepas ni.. untuk kakitangan awam.. tiket dewasa RM20 manakala kanak-kanak RM10..

Selamat Berhibur..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah