Korang pernah tengok tak filem ni.. dulu pernah gaklah kuar kat Astro tapi aku tak tengok pun.. tajuk cam tak best jerk kan.. tapi semalam en hubby layan citer ni.. so, aku pun layan sekali.. best jugak jalan cerita dia..
Filem ni dah lama.. tahun 2006.. berasaskan novel yang diterbitkan pada tahun 2003..
Filem ni mengenai seorang perempuan yang biasa2 jer gayanya dapat tawaran bekerja di salah sebuah syarikat majalah terkenal.. uols nak tau dia keje sebagai apa?? haaa... dia keje sebagai PA kepada seorang editor perempuan yang sangatlah kerek nya..
kredit to moviewallpaper.net
Miranda.. editor yang terkenal.. suara punyalah slow.. dan kalau dia marah.. takde tengking2 bagai.. dia guna kata2 yg sinis.. apa yg disuruh mesti buat.. kalau tak memang kena buang kerja..!
Andrea.. PA yang hampir2 putus harapan.. siap kena caci sebab lembab dan gemuk.. sian dia.. last2 dia dapat idea utk ubah gaya penampilan dan beri perkhidmatan yang terbaik kepada bos dia..
Aku rasa kat Malaysia ni takdelah lagi bos yang sekejam macam dalam cerita ni.. melampau sungguh.. sanggup ke korang.. bos sampai jerk.. campak handbag dan baju panas atas meja korang.. pastu cakap pelan2.. nak macam2.. semua nak cepat.. sampaikan urusan pakaian, keluarga pun korang kena ambik tau.. kalau korang tak alert.. siap!.. keje bukan setakat 9-5.. tapi korang kena stanby 24 jam.. gilos.. gaji tak seberapa.. tapi keje nak mampos! tapi yg bestnya dalam cerita ni.. haaa... korang bleh pilih jerk mana2 baju kat dalam opis tu.. semuanya free.. gaya sakanlah.. pastu boleh bawak balik apa2 barang Miranda yg dia tak nak.. macam2 brand ada..
perubahan yg ketara.. Andrea makin cantik.. kredit to google dan page yg papar gambar ni..
Tapi Andrea bijak.. dia cuba berfikir macam mana bos dia fikir.. so, segala tugasan dia dah prepare siap2.. sampaikan first PA Miranda pun bleh kalah.. dan Miranda dah mula suka ngan Andrea... tapi hakikatnya.. Andrea tak suka kerja macam tu.. dia cuma mengikut arahan.. sebab tujuan asal dia mintak kerja tu sebab adalah salah satu cara untuk dia kenal ngan editor surat khabar kalau tak silap aku.. cita2 dia nak jadi wartawan..
ni boyprend Andrea yg banyak bersabar.. muka dah macam Pierre Andre..
Akhirnya.. Andrea berenti kerja sebab glamour bukan cara hidup dia.. dan dia dapat temuduga kat sebuah syarikat penerbitan.. yg paling best.. editor tu cakap.. dia tau Andrea pernah bekerja dengan Miranda tak sampai setahun.. dan katanya lagi.. Miranda siap fax surat kat editor tu.. katanya dalam ramai2 PA.. Andrea lah yang paling mengecewakan dia.. dan dia bagitau kalau editor tu tak ambik Andrea bekerja memang bodohlah... huhuhuhuu...
Miranda masih dengan cara hidup dia yg glamour.. walaupun perkahwinan dia hancur... tapi dia tetap ngan cara hidup dia.. kesian kat anak2 dia..
So, kalau korang yg tak pernah tengok.. cubalah tengok filem ni..
Comments
bestkan.. geram pun ada ngan bos dia tu..