Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Day 4 ~ Last Day di Sarawak ~ Matang Wildlife Park

Assalamualaikum..

Hari terakhir kami di Sarawak.. sebelum check-out.. awal pagi kami dah keluar utk ke Matang Wildlife Park.. perjalanan tak sampai 40 minit..

Pukul 8.30 kami dah sampai.. kami orang pertama.. biasanya pukul 10 baru ada pelanggan kata penjaga kaunter.. nak buat macam mana.. nak kejar check-out pukul 12..

di pintu masuk.. cuaca macam nak hujan..

Tiket masuk dewasa RM10.. kanak2 seusia Fateh rm3 saje.. Arissa foc..

kawan baik ni sentiasa jadi model aku..

pejabat dan ruang pameran..

Jom explore..

dah lama tak masuk hutan.. walaupun sangat sunyi dan nyaman.. tapi dalam hati berdebar2.. takut macam2 yg keluar.. hahahaha..

buaya.. sib baik ko dalam kandang.. kalau tak.. lari tak cukup tanah kami..

bila orang bandar masuk hutan.. ngeh3.. 

2 beradik ni memang berani.. takat ni laaa.. lagi seronok diorang adalah..

memang sunyi.. takde orang jaga pun.. kadang2 jumpa lah sorang dua pekerja yang sedang cuci kandang..

hujan dah mula turun..

macam2 spesies burung enggang ni..
 
makan jerk keje dia ni.. ngeh3.. 

mewah sungguh dgn makanan.. dah kenyang macam2 aksi diorang ni buat..

nyaman sekali..

hujan semakin lebat.. kami terpaksa berteduh di pondok beruang..  

melihat gelagat Sun Bear dari atas pondok.. sila perhatikan anak2 yang jenis lasak.. jgn bagi diorang panjat.. sangat bahaya..

Memandangkan masa dah semakin suntuk.. kami terpaksa redah jerk hujan.. dalam hutan... tak terasa sangat lebatnya hujan.. tapi bila dah lepas dari pokok2.. lenjun kami... ngeh3.. walaupun masing2 dah lenjun.. tapi seronok.. pengalaman yg tak dapat kami lupakan.. 

Sampai semula di hotel dalam pukul 11 pagi.. sempatlah sejam prepare sebelum check-out..

Lepas check-out.. misi membeli kek lapis.. kemudian terus gerak ke airport..

suasana senja di atas awan.. 

Oklah.. itu jerk pengalaman indah kami di Sarawak.. InsyaAllah ada rezeki.. kami datang lagi.. 

See Ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah