Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Tahniah Datuk Muez!!!

Assalamualaikum..

Salam di hari Jumaat yang penuh barakah... marilah kita sama-sama berdoa.. semoga keberkatan Jumaat ini.. Allah melindungi kita semua rakyat Malaysia khususnya keluarga kita dari wabak n-CoV 2019 yang sedang melanda dunia.. aamiin..

Baca paper online tadi.. ternampak gambar seseorang yang sangat aku kenali... tapi ingat2 lupa di bahagian mana aku pernah berurusan dengan dia..

pic kredit to BH Online..

Then baru teringat... kalau tak silap aku pernah berurusan direct dengan dia semasa membangunkan sistem di Kementerian Usahawan aka KPUn semasa di Medan Mara dulu... acapkali jugak aku berjumpa dengan dia untuk mendapatkan maklumat.. maklumlah zaman dolu2 kalau buat sistem ko sendiri kena hadap dengan user untuk mendapatkan maklumat...

Pejam celik pejam celik hampir 18 tahun kot dah tak jumpa.. tup2 waaaa... dah jadi KSU ko!! hebatlah... aku camni gak... kwang3... tak habis2 buat sistem..

Dulu2 Datuk Muez ni belum ada apa2 pangkat lagi.. so, aku panggil Encik Muez jerk.. seorang yang sangat senang untuk bekerjasama.. sangat baik dan banyak membantu aku dalam membangunkan sistem.. seorang yang sangat selesa untuk bekerjasama.. tak lokek dengan senyuman membuatkan kita selesa walaupun pada mula2nya aku agak malu nak deal ngan user.. hehehhehe...

Rasanya kalau jumpa tepi jalan pun confirm dia tak kenal aku dah.. yerlah kan... dia dah banyak berurusan dengan ramai orang.. takkan dia nak ingat semua orang yg pernah berurusan dengan dia.. lainlah kalau aku ni.. berapa kerat jerk jumpa orang.. asyik dok hadap pc dari kul 8 sampai kul 5.. hahahahahha...

Apa pun tahniah Datuk.. semoga amanah yang diberi berjaya digalas dengan penuh dedikasi...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah