Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Teroka Pulau Misteri ~ Pulau Besar Melaka ~ Catatan Permulaan

Assalamualaikum...

Cuti Tahun Baru Cina yang lalu.. mengisi masa lapang anak2 di musim cuti sekolah... sambil release tension buat keje2 coding kat opis yang tak tau bila kesudahannya.. hahahhaha.. tunggu pencen jerlah baru stop kot..

Plan asalnya aku nak bawak anak2 pi Melaka.. mungkin ke zoo or jalan2 sekitar Melaka.. mandi manda kat sekitar pantai di Melaka.. program balik hari jerk..

So, google lah tempat2 menarik di Melaka.. especially pantai2 yang tak pernah kami pergi.. so, terjumpa satu website ni... dalam banyak2 pantai tu... ada disenaraikan Pulau Besar.. macam tertarik dengan nama tu.. aku tak tahu akan kewujudan Pulau Besar di Melaka walaupun dah berkali2 aku ke Melaka.. so, aku pun google tentang Pulau Besar.. banyak cerita menarik tentang Pulau Besar.. cerita misteri dan khazanah sejarah di situ.. wow.. sangat menarik utk di kunjungi.. melihat sendiri apa yang diceritakan orang ramai tentang Pulau Besar..

Perancangan dari melawat zoo bertukar ke Pulau Besar.. di Pulau Besar.. pelbagai aktiviti boleh dilakukan.. antaranya.. melihat makam2 para wali, tempat2 yang dikatakan misteri, beriadah dan menikmati keindahan laut yang cantik.. aktiviti begini sedikit sebanyak mendedahkan anak2 aku tentang kehidupan, belajar mengenal sejarah, memahami adat dan budaya masyarakat Malaysia dan mengajar mereka tentang aqidah supaya tidak terpesong dalam Islam..

Seperti yang dirancang.. seawal 7 pagi lebih.. kami bergerak ke Melaka.. perjalanan yang memakan masa hampir sejam setengah.. plan utk bersarapan di Warung Pak Mat Roti Canai King tetapi al-malangnya.. parking penuh di tepi jalan dan nampak warung macam dah penuh... so, kami makan di  Warung Capati Teluk yang tak jauh dari warung Pak Mat tu.. pun kelihatan ramai orang... tapi masih ada ruang lagi untuk menyelit.. macam menarik nak try capati.. hampir setengah jam menunggu.. tak sampai2 lagi capatinya.. jam dah menunjukkan pukul 9 pagi.. pukul 9.30 kami dah nak kena gerak sebab nak kejar feri pukul 10 pagi.. masih sabar menunggu.. pukul 9.10 lebih kurang.. pun tak kunjung tiba.. hati dah panas.. panggil semula pelayan kedai.. cancel semua order roti dan tukar kepada nasi lemak.. pun menunggu hampir 10 minit.. grrrrr... sampai jerk nasi lemak cepat2 kami makan.. tak seronok sungguh kalau makan cepat2 ni.. harap warung berkenaan perbaiki perkhidmatan anda ya..

penantian itu menyiksakan.. grrrr...

Lebih kurang 10 minit sebelum pukul 10 pagi... kami sampai di Jeti Anjung Batu.. fuhh lega.. ramai dah menunggu di jeti.. cepat2 kami beli tiket.. dan sempat juga kami naik feri yang dijadualkan pukul 10 tetapi ferinya sampai lebih awal.. kelam kabut jugaklah dengan masing2 sakit perut.. aduhaiiii... feri pulak dah penuh.. so, kenalah duduk kat bawah bahagian depan sekali.. sib baik kejap jerk perjalanan.. kalau tak haru kepanasan.. hahahahaha...

Untuk info.. tiket pergi balik dewasa adalah RM15 seorang manakala kanak2 RM11 seorang.. kalau uols nak datang sini dalam kumpulan yang ramai.. better naik bot di jeti Umbai.. murah sket..

sampai juga kami di sini walaupun pada awalnya agak takut2 nak ke sini..

yeay!! seronok dak kenit sampai di pulau.. 

my hero aka orang kuat.. takde en abe aku ni.. tak kemana2 lah kami.. luv u.. cia..cia..cia..

waktu perkhidmatan feri.. tapi kalau time cuti2 sekolah camni.. tak ikut sangat aku rasa.. kalau penumpang dah ramai di jeti Anjung Batu.. feri tetap akan bergerak ke pulau..

Sampai di jeti Pulau Besar.. banyak perkhidmatan van dengan bayaran rm2 seorang untuk ke hotel atau makam2.. tapi kami nak teroka pulau ni dengan berjalan kaki.. bukannya jauh sangat pun nak ke makam sebab sepanjang perjalanan tu akan jumpa macam2 tempat yang menarik..

Aku tak nak cerita dengan lebih lanjut tentang sejarah Pulau Besar.. uols leh google.. banyak dah info dalam website dan blog.. kat youtube pun ada.. 

Terdapat beberapa tempat yang menarik dan misteri untuk dikunjungi.. nanti aku cerita kemudian kay..

See Ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah