Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Salam Ramadhan ~ Musim PKP ~ Biskut Raya

Assalamualaikum...

Lamanya tak bersiaran.. malas nak update kalau dah duduk rumah... tak menang tangan dibuatnya masa PKP ni.. dgn nak buat keje2 coding.. maklumlah musim PKP kena work from home.. dengan nak layan homework anak2.. aduhaiiii... kita pulak kena ambik tugas2 cikgu.. cikgu cuma hantar  nota dan tugasan yg anak murid kena buat.. setakat baca dan tengok video.. aku rasa ramai anak2 yang tak berapa faham.. so nak siapkan tugasan kenalah kita mengajarnya.. nak ajar anak sendiri ni tau2 jerlah.. banyak sangat songeh nya..

Bila masuk bulan Ramadhan... lagilah liat anak2 nak buat homework.. mencabar keimanan sungguh..

Walaupun negara sedang berusaha sedaya upaya memerangi pandemik covid-19.. raya tetap raya ok! hehehhe.. raya kat rumah sendiri jerlah.. asal ado.. kesian anak2.. dahlah terkurung lama... tak leh keluar mana2.. at least kita raikan lah kemenangan berpuasa dengan menyambut hari raya secara sederhana..

Salah satu cara nak meriahkan perayaan dan semangat anak2... as usual.. biskut raya yg dinantikan anak2.. yerlah nak tunggu aku buat hari2 lain tu macam menunggu bulan jatuh ke riba jerk.. hahahahha...

So, tahun ni.. seperti kebiasaan.. mesti ada popia nestum, chop chip ala famous amos versi gelap, tart nanas, semperit susu dan kuih siput.. tambahan biskut baru... biskut suji dan biskut brownies.. semua biskut2 ni aku buat tak banyak.. tak seperti tahun2 lepas..

tart nanas.. terlebih pekat warnanya.. 

biskut famous amos versi gelap..

semperit susu versi kaler2.. konon nak buat ada bentuk daun.. last2 malas.. hahahhaha...

macam ni lagi cepat..

kuih siput.. walaupun leceh.. ku gagahkan juga..

biskut suji..

sebelum raya dah habis... hahahaha.. buat sket memang habislah jawabnya..

alhamdulillah menjadi kedutannya.. bila mood ke laut.. kedutan retak seribu.. lantak.. asal rasa totap samo.. anak2 semua suka..

Mengakhiri catatan kali ini.. salam Ramadhan dan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri.. 
Maaf Zahir & Batin..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah