Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Melaka Wonderland

 Assalamualaikum...

Sebelum memulakan penulisan.. tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2023.. semoga amalan kita semua lebih baik seiring dengan peningkatan usia.. aamiinnn... 

Memandangkan si kakak hanya cuti semester pada minggu terakhir cuti persekolahan.. kami mengambil kesempatan membawa anak2 bercuti di tempat yang tidak berapa jauh.. yang penting kami sekeluarga dapat bersama-sama.. 

Seminggu sebelum bercuti.. barulah aku terhegeh2 nak cari tempat menarik untuk dikunjungi.. aku nak anak2 aku happy.. so, adalah beberapa cadangan tempat untuk dikunjungi.. kaji dari segala sudut.. niat aku nak bawa si kecik tu mandi manda.. terlintas di fikiran aku Melaka Wonderland.. dah lama kami tak ke sini.. last tahun 2011.. Fateh pun masih kecik lagi masa tu.. sah2 tak ingat.. kebetulan pulak masa aku buka fb Melaka Wonderland.. ada promosi untuk frontliner.. tiket percuma untuk frontliner dengan syarat bawa at least 3 orang.. diskaun 10% untuk pembelian makanan dan tiket masuk.. cukup syarat dah.. so, cepat2 aku hubungi person in charge.. alhamdulillah layanan yang sangat baik.. 

Kami gerak dari Putrajaya lebih kurang pukul 8.40 pagi.. sampai di Melaka Wonderland adalah bih kurang pukul 10 lebih gitu.. anggaran sejam setengah.. orang pun tak berapa ramai lagi.. tunjuk resit pembayaran di kaunter, then diorang akan berikan tiket.. 

Jom layan gambar sambil aku story mory..

masih tak berubah pintu masuk Melaka Wonderland ni..

orang yg paling happy..

berkobar2 nak gi mandi..

jom tukar seluar dulu.. baju dah siap2 pakai.. senang..

see.. masih x ramai..

makcik ni tengah berkira2 nak masuk kolam..

tengok makcik ni.. duk jerk kat situ.. jenuh aku nunggu nak rakam dia main gelongsor.. 

dah puas main kat kolam kanak2.. dah makan dan minum.. makanan kat sini biasalah mahal.. beli setakat alas perut jerk.. janji ado.. jom pergi ke tempat yg lebih mencabar.. hehehe.. oh ya.. pelampung ni sewa RM25 utk 2 tube.. deposit RM5 ya.. 

nak main tornado ni.. ni masa yg sesuai ya.. waktu rehat takde orang yg jaga.. tak pasal2 tersangkut kat dalam tu..

mula2 si Fateh ngan ayah dia main.. Fateh ni penakut gak orangnya.. dlm takut2 dia tu nak jugaklah dia main..

pastu si kakak.. muka pasrah kena paksa.. see.. she's happy.. 

ni tak takut sangat compare tornado tu..


seronok tengok anak2 aku happy...

sabar yer kak oiii.. rugi weiii tak main kalau datang sini.. yo yo jerk mak kau ni kan.. walhal diri sendiri tak mandi.. kwang2.. dasar penakut air sejuk..

yg ni kelakar.. konon2 nak berlumba siapa sampai dulu.. tup2 en suami aku sorang jerk lepas.. fateh ngan mira tersangkut kat tengah2.. fateh boleh bergerak lagi walaupun lambat.. mira tak boleh langsung.. terpaksa ulang semula.. tu pun masih sangkut.. tapi berjaya jugak akhirnya.. huhuhu.. agak2nya kalau aku.. confirm tak lepas2.. hahahaha..

dak kenit ni aku suruh join tak mau.. takut katanya.. takpe.. main dulu ngan pelampung ni ya..

mainlah puas2 kat sini ya.. dulu tempat ni ada ombak.. lanni suram jerk.. music jerk lebih..

ok dah puas mandi manda jom check-in chalet laks.. tulus mulusnya muka aku kan.. hiks.. benarlah kata orang.. mekap terbaik bagi perempuan adalah filter.. kwang3..

Overall oklah untuk family kecik kami.. harga reasonable cuma kat area kanak2 tu kalau boleh dicantikkan lagi.. nampak usang sangat dah.. kawasan luas.. kalau boleh perbanyakkan lagi aktiviti di sini.. buat mini zoo ke.. mesti seronok.. 

Sebelum balik.. si kecik sempat lagi suh aku rakam dia main kat kolam kanak2.. pastu pesan datang sini lagi.. huhuhu.. dia ni semua tempat dia suh datang lagi.. hahaha.. iya kan aja.. janji dia enjoy..

See Ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah