Riadah @ KL Ver 1 : Planetarium Negara

As salam...

Semua sihat?? aku ngan family semuanya sihat alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana beri aku kesihatan berpanjangan supaya dapat berbakti kepada keluarga dan kerjaya..

Seperti yang dijanjikan.. meh aku nak story sket pasal aktiviti riadah aku pada hujung minggu ni..

Tajuk pun riadah @ KL kan.. so, kami ke KL lahhh.. rasa2 uols lah kan.. apa yerk yang ada kat KL tu?? shopping complex banyaklah kan.. takkan beriadah kat shopping complex kot.. bukan riadah namanya.. tu kes perabih duit... hehehhehe... takde makna ok aku nak ke shopping complex tengah2 bulan ni.. lainlah pulus aku sentiasa berkepuk dalam poket.. camtu gayanya.. hari2 aku shopping.. .wallahhhhhhh... syurga dunia tu!!

Jangan ingat KL hanya ada shopping complex.. di pinggir2 KL ada tempat yang boleh dituju.. sesuai untuk beriadah bersama keluarga... dan tempat yang kami tuju adalah sekitar Taman Tasik Perdana...

Tempat pertama yang dituju adalah Planetarium Negara.. saja nak bawak Amiera mengenali dunia angkasa.. kehidupan di luar bumi.. walhal aku sendiri tak pernah pergi Planetarium.. huhuhuhuuuuu.. excited gak ok!!

Sampai2 sana.. masih tak ramai pengunjung yang tiba.. tengok parking pun masih ada yang kosong.. untuk sampai ke Planetarium (uishhh.. susah sungguh nak nyebutnya... nak menaip pun bleh tershashul..).. kena naik tangga tinggi sebab kami parking kat bawah kan..

bergambar dulu kat ciptaan yg unik ni.. 

bukti kami dah sampai sana ok!

tak tih.. tak tih.. hehhehee.. bila lambat sangat Fateh naik tangga.. terpaksa en hubby dukung dia.. aku tak larat oooo nak dukung dia..

kena paksa bergambar.. huhuhuuuh...

Sampai kat kaunter.. ingat nak bayar lah kan.. tapi petugas kaunter kata masuk ada percuma.. aiiiittt.... mungkin sempena Minggu Angkasa Sedunia.. pastu aku pun nak tengok show.. konon2 nak bayarlah kan.. memandangkan kami sampai b4 kul 12 tgh.. so, kata petugas.. show kul 12 free.. baguih sangat2lah..

Masuk situ.. gelap gulita.. cuma cahaya dari lampu2 romantik.. dah ramai ngan pelajar2 sekolah yg wat rombongan.. kami just tengok gitu2 jerk kat galery.. tak baca sangat info yg ada sebab ramai kan..

Amiera excited tengok benda2 baru dalam dunia dia..

Pastu dengar pengumuman.. sapa2 nak masuk show kena masuk sebelum show start.. ramai dah beratur.. kami masih kat ruang galery.. bila dah 3 kali pengumuman kalau tak silap baru kami masuk.. sib baik masih ada sit kosong..

Show kul 12 judulnya.. DAWN OF THE SPACE AGE.. berbentuk dokumentari NASA ke bulan..


Korang kena berbaring... atas kepala korang penuh ngan skrin.. eiiii.. ngeri gaks.. kalau tetiba gempa ker kan.. kalau pecah cermin tu... memang mencacak lah cermin tu kat seluruh badan kita.. hishhh.. nauzubillah.. tu lah.. aku suka sangat tengok citer Final Destination.. suka sangat bayang benda yg bukan2.. Fateh cool jerk dapat berbaring.. sambil menikmati lagu2 yang berkumandang..

Amiera takut ngan kerusi yg bergerak semacam.. macam nak jatuh rasanya..

layan lagu sambil tengok skrin kosong penuh cahaya warna warni yg soft..


sempat lagi aku snap pemandangan kat atas.. besar jugak skrin tu..

atas kepala... sayup jerk..

pose ngan encem boy.. awat kakak cebik??

Bila show start.. fuhhhh... syiok gaks.. tapi Fateh dah gelabah..  korang bayangkanlah.. tiba2 bunyi keretapi.. pastu keretapi lalu kat atas kepala korang.. maunnya Fateh tak gabra.. terus paling muka.. tutup mata.. bila dokumentari pasal kapal angkasa lepas.. Fateh dah semacam.. lagipun effect show tu boleh buat kita pening kepala kalau tak biasa.. sebab tu ramai budak2 esp baby takut.. ada budak lebih kurang setahun lebih kot.. nanges2 takut.. Fateh terus nak kat aku.. peluk aku kuat2.. tutup mata.. langsung tak berpaling..


Show tu tak sampai setengah jam rasanya..  kalau lama2 aku naik rimas gak sebab Fateh berkepit jerk.. tetiba Fateh macam meragam.. aku pass dia kat en hubby.. fuhhh.. lega.. panas siot bila berkepit ni..


Overall ok lah show tu.. menarik.. Amiera siap sound nak tengok lagi... uihhh.. kalau Fateh ok takpelah jugaks.. boleh jerk kami layan lagi tengok show citer lain laks..

Keluar2 jerk kami sambung jalan2 kat gallery sambil snap sana sini..

cam menarik jerk kan.. Amiera ok jerk kalau disuruh mencuba.. konon macam nak main gelongsor..

ruang yg senget.. kecoh remaja2 yg masuk.. Amiera so cool..


sukernya dia dapat main gelongsor..

 jangan tak caya ok! yg tak tahan... Piala Dunia Milik Malaysia beb!!

walaupun bangga jika dapat pergi sana.. tapi aku tak rela anak2 aku ke sana..

aku tak tau fungsi robot ni..

Pastu kami gerak ke gallery yg bercahaya...

pemandangan sekitar gallery angkasawan..

Fateh takut nak bergambar.. so, kakak jadi mangsa..

camni lah rasanya dalam kapal angkasa..

kononnya laaa... tapi awat dagu terkeluar??

replika kapal angkasa yg naik ke angkasa..

dah puas round gallery.. kami naik ke menara peninjau..

pemandangan dari atas..

suka sampai kembang2 hidung..

Amiera pelik dapat tengok bangunan dekat2..

sebelum balik bergambar dulu ngan tokoh astronomi.. aku tak sempat nak check sapa empunya diri..

Keluar kami jalan2 dulu kat luar Planetarium.. ada aktiviti sempena Minggu Angkasa Sedunia.. tapi tak join pun sebab ramai sangat orang.. pastu pameran pun tak banyak sangat..

Ok.. tamat kisah di Planetarium.. sambung Ver 2 pulaks pasni.. nak tau ke mana?? tunggu next n3 ya..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty