Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Syabas N9 tapi..

Firstly, aku nak wish.... horeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..... hoben jang hoben.. aku orang n9 ok!! kenalah sokong walaupun aku kureng minat ngan sukan bola ni.. anyway.. sekalung tahniah buat n9 kerna menjuarai Piala Malaysia..

Meh aku nak ulas sket perlawanan malam tu.. cheh.. macam pengulas sukan pro laks.. konon!!

Dari pemerhatian aku.. corak permainan Terengganu lebih menarik, teratur tapi tulah rezeki tak berpihak pada diorang.. permainan N9 agak kureng.. nampak kelam kabut.. kadang2 striker sorang2 jerk kat dpn.. yg lain2 malas nak berkejar tolong striker.. yg paling kesian aku nengok Kunalan.. dia punyalah bagus.. lari punyalah laju.. last2 bila nak hampir ke jaring lawan.. tak leh nak pass kat sesapa.. takde back-up.. tinggal Hai-O sorang2 jerk.. ntah apa2.. yg lain2 maleh nak kejar!! walaupun aku nengok byk kali gak N9 mengasak jaring lawan.. tapi tak masuk-masuk.. geram sungguh lah hai..


Bila Kunalan wat tendangan padu hembusan maut.. hehehheehhe... yerlah kan.. dari bagi kat orang lain.. baik dia cuba nasib tendang sendiri.. penat2 lari bawak bola.. barulah berbaloi.. tu pun nasib.. ntah cemana penjaga gol Terengganu leh terbabas pegang bola.. sebab tu aku gelar tendangan padu hembusan maut..kui..kui..kui..

Tapi bila perlawanan dah hampir tamat.. aku rasa tu lah corak permainan yg paling menarik.. bila mana bola di bawa dari sorang ke sorang dan akhirnya sampai ke Hai-O.. sekali Libas.. pergh... masuk tu.. memang dasyat lah Libas Hai-O.. tu baru betul.. baru ada gaya pro... hehehhehe...

Cuma dari dulu sampai sekarang ni kan.. aku memang konfius dan tak puas hati.. naper yerk.. bila ada perlawanan Piala Malaysia.. kalau ikut based on Negeri lah kan.. naper ada antara pemain2nya bukan asal Negeri tersebut.. nape nak kena import2 pemain.. dah macam bukan lawan antara Negeri pulaks.. tak bestlah.. takde semangat kenegerian..

Tengok Piala Dunia.. haaa... walaupun pemain2 hebat bermain mewakili kelab masing2.. tapi bila ada Piala Dunia.. masing2 akan balik negara.. berlawan mewakili negara masing2.. ni baru best!!

Apa pun cukuplah ulasan aku kali ni.. dan tahniah sekali untuk N9.. hoben jang hoben..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah