Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Penyakitku..

Salam pembuka bicara.. lagi sejam nak balik.. keje aku pun dah settle.. tunggu utk confirmation jerk..

Esok aku tak keje.. ada appointment ngan hospital.. malam ni aku akan start berpuasa.. esok seawal 7 pagi aku dah kena ada kat hospital.. pakar bius pun aku dah jumpa tengahari semalam.. alhamdulillah.. aku tak de masalah untuk proceed pembedahan.. yes! aku akan menjalani minor operation tomorrow morning.. dr bius akan bius separuh badan aku.. selama 6 jam baru aku akan kebah semula.. doakan yang terbaik utk aku yer kawan2..

Aku akur.. ramai yang tertanya2.. ramai yang risau.. termasuk abang aku sendiri... hehehhe... aku sayang korang sangat2.. masih ada insan yang ambil berat perihal aku selain en hubby aku.. parents aku tak tau.. aku tak mau bagi tau diorang.. aku tak mau diorang risau..

Bermula dengan simple msg berbaur misteri di fb.. hehehhe.. sorry yerk kawan2.. tapi itu yg aku rasa tika dan saat itu.. hanya Allah yg tahu kesakitan yang aku alami..

Aku kena kuatkan semangat.. aku tak mahu percutian yang dirancang hampir sebulan tergendala begitu sahaja.. alhamdulillah Allah izinkan.. walaupun sakit tapi aku masih kuat untuk mengharunginya..

Sejak tu.. banyak msg aku terima dari kawan2.. aku sangat2 hargai.. tapi maaf banyak2.. aku tak boleh nak share penyakit aku ni.. yg pasti sehingga hari ini dengan kalimah Lailahaillah... kesakitan aku dah berkurangan.. alhamdulillah.. berkat kesabaran dan keredhaan aku akan ketentuanNya.. syukur ya Allah..

Walaupun ianya berkurangan.. tapi pembedahan tetap akan dijalankan untuk mengelakkan ia kembali semula..

Salam akhir.. aku minta maaf banyak2 kat semua kenalan, sahabat handai, sanak sedara, rakan sepejabat dan sesiapa jua yang mengenali aku dan tak lupa kepada silent reader.. halalkan makan minum aku jika ada.. doakan pembedahan aku esok akan berjaya tanpa ada sebarang komplikasi.. insyaAllah.. aminnn...

Comments

Kebod's Family said…
Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan....tabahkan hati dan kuatkan semangat
syalinda johari said…
kak iena, walau apapun, kuatkan semangat okey...kami doakan kak iena akan selamat dan sihat kembali seperti sediakala...
doa banyak2 pada allah swt....
sayang kak iena...muahhhh
Faina Arisya said…
ju, syalinda..

tq.. insyaallah.. sayang korang..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah