Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Trip to Universal Studio Singapore (USS) ~ Sayonara

Salam Jumaat malam..

Baru berkesempatan nak update blog sebab aku kebizian sket.. aku tak fahamlah.. dahlah bukan level kami nak buat menda alah tu.. dipaksa2 jugaks.. nak tolong selesaikan masalah takpelah jugaks.. kalau tak siap effect lnpt nanti.. kalau ikutkan aku.. rasa nak cabar jerk diorang ni buat menda alah tu.. boleh siap tak dalam jangka masa yg ditetapkan.. hmmm.. konpom.. tak siap2.. cakap memanglah senang.. kami ni dah jadi macam lem%^.. huh!!

Oklah.. malas nak fikir2 menda alah tu time cuti2 ni kan.. nanti aku stress.. baik aku hilangkan stress dengan blog kesayangan aku ni..

Berbalik kepada tajuk n3 pada hari ni.. aku nak habiskan second last cerita aku di USS..

Selepas selesai pusing sebanyak 2 kali di USS.. boleh dikatakan 70% aktiviti menarik kami join.. yang kami tak join spt Monster Rock di Hollywood, Magic Potion Spin di Far Far Away, Canopy Flyer, Dino-Soarin dan Amber Rock Climb di Lost World, BattleStar Galactica dan Accelerator di Sci-Fi City.. InsyaAllah.. ada rezeki kami akan datang lagi.. tunggu Fateh besar sket..

Ingat tak n3 mula2 dulu.. yg kami sampai di Sentosa Island tu dah nak hampir kul 10.. memang tak sempat nak round sangat sekitar di luar USS.. so, petang tu.. masa dah sampai kat tempat hentian bas.. bas masih belum sampai.. aku request kat en hubby nak naik atas semula.. coz aku nak pergi satu tempat ni.. sebab tak jumpa masa mula2 masuk kan.. so kesempatan yang ada.. 5 minutes only! aku dan Amiera cepat2 naik.. berlari2 anak.. cari tempat yang aku nak tengok tu.. akhirnya jumpa jugaks.. memang dekat jerk pun..

Nak tau apa dia??


Tadaaaaaaaaaaaaaaa... Candy Tree..

i'm here!!

close-up.. wangi siot ngan bau gula2.. rasa nak ngap jerk!

m&m choc..

kalau berjaya habis choc sebesar ni.. confirm kena diabetes..

jelly belly.. gapo dio??

Ok.. baru puas hati.. dapat jugak tengok Candy Tree seperti yang diwar2kan oleh blogger..

Tak lama kemudian.. bas pun sampai.. memang cepat apek tu gerak.. ada orang perasan satu couple tu takde dalam bas.. samada diorang tu tertinggal bas or memang diorang stay kat Spore.. wallahualam.. so, make sure uols sampai dulu sebelum bas tu sampai ok! walaupun tiket bas kata 7.30.. jangan harap ok! apek tu dah pesan siap2.. pukul 7 aaaaaaa....

Selamat tinggal USS..

Kami sampai ke Imigresen Spore lebih kurang hampir pukul 8.. masa tu korang just bawak passport jerk.. barang2 tinggal jerk dalam bas..

Then akan lalu Imigresen Malaysia.. huh!! selamat aku.. selamat sampai ke tanahair.. dan kali ni uols kena bawak turun semua barang2.. tapi diorang tak check pun.. nak beli apanya kat USS tu.. bukannya murah!..

Akhirnya.. sampai di Tune Hotel dalam kul 9 lebih kalau tak silap.. alhamdulillah.. selamat sampai..

Malam tu kami tidur awal.. letih siot.. satu percutian yang sangat2 menyeronokkan..  keesokannya kami nak ke Legoland pulaks..

Oh ya.. memandangkan kami tak Add-On utk set minuman, kami just ambik air panas kat 7e.. percuma beb! tapi agak2 lah kan.. belilah something..

Oklah.. itu sajer n3 utk kali ni.. last n3 akan aku cerita pasal bajet dan souvenier.. see ya...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah