Skip to main content

Persekolahan Tahun 2018

Assalamualaikum..

Apa khabar semua.. harap sihatlah hendaknya.. selamat tahun baru 2018.. azam? biarlah simpan dalam hati... ahaks..

Hampir 3 bulan tak update blog.. ngeh3.. malas betul nak update walaupun ada cerita.. ada masa free nanti aku updatelah balik mana yang tak berupdate.. kira backdated lah yer.. aku sibuk sket dengan sistem baru.. sistem baru tu dah launch 2hb aritu.. tu pun baru first module.. ada banyak lagi modul yang belum di develop.. pening ok.. satu module tu pun dah tahap cipan kami kejar due date.. satu module ni macam satu sistem tau.. pengsan.. lanni kami sibuk nak siapkan module admin.. hampir 90% siap.. kalau outsource kat vendor bleh kaya wooooo...

Berbalik pada topik..

Tahun ni si kakak dah Ting. 2, si abang dah Tahun 3.. si adik dah sekolah tadika.. yang paling mencabar si adiklah.. nak suaikan diri dengan sekolah baru.. berkenalan dengan ramai kawan.. compare sebelum ni dengan pengasuh hanya 3 orang jerk kawan..

anak2 happy nak kesekolah.. seronok nak jumpa kawan lah tue ya..

Awal tahun aku dah standby cuti 2 hari.. kononnya nak tengok Arissa kat tadika.. hmmm.. demam pulak makcik kenit tu.. seminggu ok dia demam.. tonsil bengkak dan merah2.. aduhai.. dr pulak bagi ubat antibiotik yang dia tak pernah makan.. haaa.. hadaplah sampai habis.. tapi demam tak kebah2.. sib baik sebelum aku start nak bagi antibiotik baru.. suhu dia turun ke paras normal.. alhamdulillah.. tak sanggup nak bagi anak telan banyak sangat antibiotik..



So, Arissa masuk ke sekolah selepas seminggu sesi persekolahan bermula.. alhamdulillah dia tak meragam dan tak menangis masa nak pergi sekolah.. sangat eksaited ok.. cuma bila balik tu muka dia sedih yang amat.. bila aku tanya katanya cikgu marah.. alololo.. sian..

muka ceria..

muka sedih.. 

Eksaited si bongsu nak sekolah.. mama sanggup beli sandle comel walaupun boleh jerk nak deko sendiri.. ngeh3.. 

Hari ni masuk hari ke-4 kat tadika.. alhamdulillah tak menangis cuma dia susah nak bangun tidur.. malas betul dia nak mandi.. bila dah mandi.. ok lah dia.. cergas.. ceria.. seronok nak pergi sekolah.. teringat masa Amiera kecik2.. jenuh.. dikepitnya aku tak nak gi sekolah.. aduhaiiii.. rasa sedih nak tinggalkan dia.. Fateh pun sama.. ikut mood.. tapi masa Fateh en suami yang uruskan dia.. confirm pening pale ngan karenah Fateh.. hahahahha.. semua tu kenangan yang tak dapat diulang kembali..

Cerita mengenai si kakak pula.. tahun ni kakak jadi Pengawas sekolah.. bagus juga dia kena lantik jadi pengawas supaya dia berani sket.. aku nak dia ada self-confident.. pendiam dan pemalu sangat.. ikut sapa lah agaknya tu... hahahhaa... alhamdulillah juga kakak naik kelas.. so, aku nak dia bersaing dengan kawan2 yang baru ni..

Cerita mengenai si abang pula.. haishhh.. susahnya nak didik anak lelaki ni.. kalau belum matang tu.. tak habis2 dengan dunia dia.. tengok TV.. main game.. ada jerk alasan dia.. aduhaiiii.. kadang2 hilang sabar jugak aku dibuatnya..

Semoga anak2 anugerah Allah ni mendapat kejayaan dunia dan akhirat.. aamiin..

Comments

Popular posts from this blog

Persediaan Peperiksaan UPKK 2015 ~ Buku Rujukan dan Contoh Soalan

Assalamualaikum..

Meh aku nak share buku2 rujukan yang diguna sepanjang aku mengajar Amiera untuk menduduki exam UPKK..

Pada awal tahun.. en hubby ada belikan nota padat UPKK dan koleksi soalan UPKK.. dengan harapan Amiera boleh cuba menjawab sikit2..dan dalam 8 bulan sebelum ni.. memang minta bantuan ustazah untuk bimbing Amiera..  aku memang tak monitor sangat... sibuk dengan Arissa.. letih pun ya lepas balik keje.. banyak menda nak kena buat..

pic credit to mumtazenterprise.blogspot.com
Sebulan sebelum exam bertulis percubaan dan sebenar UPKK bagi 5 subjek.. tergerak hati aku untuk google contoh2 soalan lain kalau ada.. memang susah nak jumpa..

Ntah macam mana aku terklik kat satu laman web kedai buku ni.. jumpalah koleksi soalan2 UPKK.. yang menarik minat aku untuk membelinya ialah koleksi soalan tu diasingkan mengikut subjek.. so, senang sikit aku nak monitor.. yang paling penting pembelian secara online.. sangat mudah cepat..

menariknya buku2 ini.. ada 2 set soalan tambahan ma…

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Assalamualaikum..

Pening jugak sebenarnya memikirkan nak bagi apa utk 100 pcs door gift majlis aqiqah Arissa... door gift memang limited.. memang tak cukup nak bagi semua tetamu.. so, just bagi pada kaum hawa sahaja.. huhuhuhu...

Google punya google.. dapat idea.. ada yang aku tempah dan ada yg aku buat sendiri..

Check List :-

1. Paper bag
2. Yassin Customised
3. Tasbih Mini
4. Cookies
5. Manisan


Paper Bag

designed by ByAuni
wooden paper clip.. beli kat kedai DIY.. memang comel..


Yassin Customised

designed by Tempahan Yassin

Cookies

biskut coklat teddy bear.. beli satu tin pastu aku masukkan ke dalam bekas muffin dan ikat ngan plastik.. ni projek aku, Fateh ngan Amiera masa aku dalam pantang... seminggu before majlis.. keje budak2 ni ngap biskut yang reject..
bahulu choc chip tempah kat CT.. pastu aku letak 2 pcs dalam plastik.. hias dengan doily paper..


Manisan

marshmallow aku packing dalam bekas muffin..
gula2 packing dalam pouch kecil..



Tasbih Mini

Tasbih mini ni aku buat sendiri…

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) : Pudina ~ Alhamdulillah

Assalamualaikum..

30 Jan yang lalu...

Berdebar2 nunggu keputusan cabutan siri yang ke-5..

Lepas masukkan no kp... terkebil2 mata nengok ayat.. hmmm... alhamdulillah.. dapat juga walaupun dah siri ke-5..


Tgk pulaks surat tawaran.. terkejut tgk level rumah.. amboi!! pengsan... tinggi nau!! jenuh nak turun naik lif ni.. tapi terima jerlah.. takkan nak tolak kot.. rugi woooo... bukannya senang nak beli rumah kat Putrajaya ni.. lagipun aku fikir long term.. daripada aku duk sewa kuarters.. baik aku beli rumah sendiri..

Masa hantar surat tawaran tu.. sempatlah pi jengah model apartment Pudina ni..

 design lama..
design baru masa hari cabutan.. pandangan dari atas.. ada 8 blok kesemuanya.. 
pandangan dari depan..
Tak taulah yang mana satu pemaju nak bangunkan.. design baru ke lama.. any info pls??
Utk rekod aku sendiri.. dulu2 masa mula apply PPA1M ni.. aku cuma mohon utk 1000 sqft.. tak naklah rumah besar2.. tak mampu nak bayar mahal2.. tapi dah sampai siri ke-4 tak dapat2 jugak.. memang…