Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Happy Bornday Fateh & Amiera

Assalamualaikum...

Tanggal 20 dan 22 Ogos yg lalu.. hari ulang tahun kelahiran anak2 aku..

Kami sambut kecil2an sahaja... cukup untuk mengingati hari bersejarah dalam hidup mereka..

Masa birthday Fateh.. kalut punya pasal nak siapkan sarapan.. sampai terlupa nak wish kat Fateh sebelum dia pergi sekolah... rasa terkilan sangat2... sib baik dia tak terasa hati.. fuhhhh... rupa2nya dia pun tak ingat birthday dia.. boleh pulak dia tulis kat kalendar hari lahir dia 21hb... hahahaha.. boys... tapi birthday kakak betul pulak dia tulis..

Birthday Fateh kami sambut kat Alamanda.. si kakak sambut kat IOI.. kalau tanya kat diorang nak makan kat mana.. jawapan senang jerk.. ntah! sabor jerlah.. tak sambut kang baru tau... muncung jerk!!

si Hero yg happy dapat makan kek! si kecik nyanyi lagu happy besday utk abang dia..


si kakak terpaksa menahan loya sebab pesan salah menu.. hahahhaa.. nasib lah ko kak.. tapi bukan yg dalam gambar tu.. tu antara yg kami suka selain pizza..

Anyway.. utk anak2 mama...

Selamat hari ulang tahun kelahiran!!.. semoga dengan bertambahnya usia.. semakin mematangkan kalian dalam mengharungi liku2 kehidupan kini dan selamanya.. semoga dilimpahi kesihatan dan umur yang berpanjangan.. dikurniakan rezeki yg melimpah ruah.. sentiasa dibawah naunganNya dlm setiap langkah.. dipermudahkan urusan untuk berjaya di dunia akhirat sebagai mukmin sejati.. aamiin...


Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah