Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Rumahku Syurgaku ~ Home Deco

Assalamualaikum...

Lagi beberapa hari kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-62 tahun... semoga negara kita akan sentiasa aman, bersatu padu dan sentiasa dilindungi dari bala bencana.. semoga Allah merahmati kita semua... aamiin... MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

Berbalik pada topik.. dah lama aku tak update pasal home deco ni.. dulu2 aku minat ngan english style ni.. rasanya sampai bila2 kot... jiwa aku memang suka sangat tengok bunga2.. romantik2.. ngeh3... tapi kuarters aku dah bertukar konsep.. apa cer???

Al kisahnya.. tahun lepas.. en suami nak tukar sofa sebab sarung sofa kesayangan aku tu dah lunyai dek kereputan.. ada gah yg dah patah.. nak gi hantar kedai repair perabot.. malas.. rasa cam tak berbaloi pun ada..

So.. sambil jalan2 kami usha lah kedai perabot.. bajet nak beli yg murah2 jerk sebab duk kuarters kan.. tak perlu nak beli yg mahal2 macam sofa lama dulu.. aku ni pantang tengok.. daripada awal hanya nak tukar sofa.. terus tukar konsep hampir 80% area ruang tamu.. ngeh3.. mula2 beli sofa dan meja makan.. lepas tu sket2 aku beli tu beli ni sampai dah tak tau nak ubah apa... hahahahahha....

Yang paling buat aku tak keruan ialah pokok palsu tu.. haiiiii.. selagi tak dapat.. tak ada depan mata.. tak keruan beb!! tidur tak lena.. mandi tak basah!.. asyik dok teringat2 jerk.. huhuhuhuu...

Warna tema.. hijau, coklat dan putih.. punca aku dapat idea tema tu sebab bermula dari warna sofa.. aku ingatkan sofa tu betul2 warna coklat gelap.. so, aku tempahlah langsir warna coklat.. bila dah sampai alahai.. sofa tu warnanya macam ada kehijauan sket.. meja makan pulaks.. kerusinya warna coklat gelap tapi marble top seakan2 sama warna ngan sofa.. bila en suami beli air cooler warna hijau.. aku rasa baik aku pilih tema hijau.. sejuk mata memandang.. itulah sejarah pemilihan warna...

Yang paling kelakar.. wing chair.. aku nak beli seketul jerk sebab kalau beli 2 ketul mmg tak muat.. kalau tak letak apa2 rasa cam kosong sangat.. tak berani nak beli kat shopee walaupun harga boleh dapat lebih murah dan nampak elegan.. kami cari kat Lorenzo.. cantik dan murah gak.. dalam katalog nampak comel jerk.. sekali bila sampai.. aduhaiiii... bosar eh lak aiiii.. nak tak nak terpaksa lah letak kat tempat kosong tu.. tak sesuai sungguh! aku nak yg comel jerk.. huhuhuhu.. nasib laaa.. pakai jerlah apa yg ada tu..

So.. inilah hasilnya... bolehlah ek.. asal sedap mata memandang.. ni pun gambar lama.. bukan yg latest sangat.. tapi 98% sebijik..

lemari yg simpan koleksi henglish aku masih ada disudut sinun..

pokok idaman yg buat aku tak keruan..

abaikan dapur yg masih tak ubah apa2.. aku akan kekalkan konsep english kat dapur.. hiks..

lain2 aksesori aku beli kat Ikea dan Kaison..

See Ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah