Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Floria 2019

Assalamualaikum..

Hari terakhir baru berkesempatan nak ke sini.. itupun dah lewat petang kami gerak dari rumah.. malas nak pergi pagi2 sebab panas kan..

Dah lama kami tak pergi floria.. dulu pernah pergi pun kalau tak silap tahun 2016..

Memandangkan tak jauh dari rumah.. bolehlah jln2 bawa anak2.. tahun ni Floria di buat kat Taman Botani.. tapi al-susahnya kat sini bab parking.. nasib baik masa kami sampai ada satu parking kosong.. takdelah nak kena menapak jauh..

Taman Botani ni luas.. kami sampai pun agak lewat.. rasanya tak sempat nak terjah semua tempat..

Gambar2 yang aku ambik pun tak berapa nak cantik sangat.. dahlah nak senja.. guna pulak kamera hp cikai.. kaburlah jawabnya.. huhuhu.. alaa.. bukannya nak masuk pertandingan pun.. asal ado kenangan udah.. so, layan lah yerk gambar yg terpilih sajork sambil aku story mory...

dak kenit yang paling seronok dapat keluar jalan..

jadi model tetap aku..

i'm here!!!

si kecik ni sangat kreatif bila bergambar..

tak tau ikut sapa.. pandai bergaya bila nak bergambar.. 

mak pak korang tegak jerk haa... hahhahahaha..

dikaulah sahabat.. teman gaduh.. teman bermanja.. teman bicara.. luv her so much!

time ni dah nak maghrib.. aduhaiii.. aku pun naik seriau lalu kawasan ni.. Arissa pun kalut lari lepas bergambar.. pucat muka... tau takut!

wewiittt.. boleh berkenalan..

diorang ni setia bersama ke mana sahaja..

sahabat.. sorang kata.. i luv u.. sorang kata.. i hate u.. parah!!!

nak lalu gak sini.. malam2 romantik dowh... hiks.. tapi takut gak kalau tak ramai orang.. buatnya ada yg tercongok kat atas pagar tu.. aduhaiiii.. seremmm...

hasil kreativiti pelajar2 Putrajaya.. tak tau dari sekolah mana..

Kami maghrib kat surau yg disediakan.. pastu dengar ramai yg bising2 kata takde air.. so, terpaksalah ke tandas cari air.. ramai yg kondem Putrajaya.. aduhaiii.. aku yg dengar pun diam2 jerk.. malu..

Lepas penat round.. masa nak keluar.. ada stage.. tengok gambar kumpulan ukays.. waaa.. menarik.. nostalgia ni.. ajak en suami lepak sat tengok konsert.. 

see.. diorang ni.. selamba jerk.. anak orang lain tak berani nak ke depan ni.. lepas nampak anak2 aku buat macam2 aksi.. barulah ada yg datang join..

konsert ukays memang terbaik.. tabik ngan penyanyi baru.. suara mirip penyanyi asal.. lagu2 yang didendangkan pun semuanya lagu top2.. kenangan beb.. kenangan.. dan lagu terbaru diorang.. i love u.. i miss u..

Oklah.. kesimpulannya.. bunga2 kat Floria kali ni pada aku biasa2 jerk.. mungkin sebab dah biasa tengok yg lebih banyak kot.. sib baik konsert ukays buat aku terhibur.. barulah berbaloi bayar tiket.. kwang3..

Overall.. tahniah kepada penganjur Floria 2019.. see ya!!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah