Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Pos Laju EziBox Putrajaya

Assalamualaikum..

Aku ni antara penyumbang pendapatan peniaga2 di shopee.. dah byk duit aku habis shopping kat situ.. giler weiii.. macam2 ada..

Kalau uols perasan.. masa mula2 shopee bertapak dulu.. perkhidmatan kurier diorang guna adalah Poslaju.. kemudian semakin bertambah kurier macam GDex, DHL.. lately.. J&T Express jadi pesaing hebat Poslaju..

Biasanya aku guna poslaju dan hantar ke opis en suami.. jenuhlah en suami jadi personal service bawak balik barang aku ke rumah.. hahahahha... aku tak boleh nak pos ke opis aku sebab pihak pengurusan dah keluar surat berkenaan parcel private dari perkhidmatan poslaju adalah tidak dibenarkan di hantar ke pejabat.. poslaju biasanya akan hantar semua surat terus ke bhgn penerimaan surat.. so, dulu mmg berlambak surat dan parcel penuh kat bahagian tu.. satu keje pulak diorang nak asingkan parcel private..

Semenjak dah ada J&T ni senang sket sebab J&T akan direct pergi ke level kita bekerja.. sampai bila tu wallahualam.. jgn jadi macam poslaju sudah.. satu hal nak jawab dengan pihak pengurusan..

Al-kisahnya... aku ada beli something baru2 ni.. tak perasan perkhidmatan poslaju digunakan.. default address pulak alamat opis.. dah buat payment baru perasan.. aduhaiii.. acano.. risau beb.. kang hilang lak parcel aku.. haru!!..

Bila aku check status penghantaran di shopee.. 'direct delivery ke ezibox' katanya.. natang apa pulak tu.. maklumlah sebelum ni bila guna alamat opis en suami takde pulak jadi camni.. so, google laaa....
baru aku tau adanya ezibox ni.. so, tak yahlah aku nak geledah pusat penerimaan parcel kat opis aku ni.. nak menjawab satu hal..

Ezibox di Shell Presint 16.. time ni dah malam.. tapi hati2 lah yerk.. kalau korang ambik parcel lewat malam.. namapun tempat terbuka.. macam2 kejadian boleh berlaku.. dan yg penting jangan pergi sorang2 okay!

Perkhidmatan ezibox ni sangat2 bagus.. tak perlulah kita nak pergi ke poslaju center.. dan kita boleh ambik bila2 masa jerk.. sangat flexible.. tapi ada syaratnya juga.. adalah tempoh yang diberi.. takdelah berkurun parcel kita dalam ezibox tu.. banyak cantik nak simpan lama2.. orang lain pun nak guna juga..

kat ezibox tu ada skrin macam ATM.. korang ikut jerk arahan.. tak susah mana pun.. mula2 masukkan jerk no parcel.. pastu masukkan nama dan no kp.. kalau dah berjaya.. barulah salah satu box kat situ akan terbuka pintunya secara automatik.. makanya pergilah ambik parcel korang tu.. dan jgn lupa tutuplah pintu tu balik.. jgn biar terbuka.. jadilah pengguna yg berhemah.. orait..

Info dalam laman web pos laju.. kat Putrajaya ni ada 3 tempat ezibox.. Petronas Presint 9, Shell Presint 16 dan Poslaju Perbadanan Putrajaya Presint 3.. So kalau korang nak tahu maklumat lanjut berkaitan lokasi ezibox di kawasan sekitar korang.. bolehlah gi laman web poslaju ya...

Oklah.. itu jerk yg aku nak share... maklumlah first time gunakan.. see ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah