Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Program Pembangunan Bakat Badminton KPM Perodua Putrajaya

Assalamualaikum...

Pada tahun lepas.. Program Pembangunan Bakat Badminton KPM-Perodua peringkat Putrajaya telah dirasmikan dan sekolah Fateh telah terpilih sebagai pusat pembangunan bakat badminton tersebut. Program ini diadakan untuk tempoh 5 tahun.. Masa tu aku tak tahu langsung tentang program ni.. tak tau macam mana boleh termiss sesi pemilihan bakat.. tau2 dah terpapar papan iklan kat depan sekolah..

pic credit to sekolah Fateh..

Disebabkan dah terlepas pemilihan tersebut.. en suami nak Fateh mengisi masa lapang waktu cuti dengan aktiviti berfaedah.. so dia hantar Fateh join akademi badminton berbayar yg diadakan setiap hari Sabtu.. masa mula2 join program ni.. diorang ada buat pertandingan.. pertandingan ikut batch kemasukan.. maknanya Fateh akan bertanding dengan group yg baru masuk akademi tu.. aku tak join pun tgk pertandingan tu.. en suami yg update status pasal pertandingan tu..

muka bangga.. jadi juara.. hiks.. syabas anakku!!

Pada pertengahan bulan April 2019 yang lalu.. sekolah Fateh menganjurkan pencarian bakat baru bagi "Program Pembangunan Bakat Badminton KPM-Perodua".. Fateh berminat nak cuba bakat.. kalau terpilih alhamdulillah.. sekurang2nya adalah aktiviti dia kat sekolah.. dan yg paling penting dapat tambah pengalaman..

So petang lepas habis ujibakat.. Fateh dengan bangganya bagitau kat kami.. yg dia terpilih masuk ke dalam program tu.. alhamdulillah.. beberapa kawan sepermainan dia tak dapat masuk.. sedih lak aku dengar.. takpe.. tahun depan cuba lagi..

Memandangkan puasa dah nak dekat.. so, Fateh akan join latihan selepas hari raya... seminggu 2 kali latihan sahaja..

dgn rasminya memakai tshirt Perodua..

Memandangkan Fateh dah terpilih dalam program ni.. so, tak perlulah Fateh join program berbayar tu.. sebab kadang2 selalu miss latihan... biasanya hari Sabtu kami keluar jalan2.. kadang2 sampai tak sempat nak kejar masa latihan..

Awal September kalau tak silap.. ada sesi pemilihan untuk bertanding peringkat negeri.. malangnya Fateh tak berjaya.. katanya.. dia menang satu game dan kalah satu game.. takpelah Fateh.. menang kalah tu adat bertanding... yg penting pengalaman..

Kemudian coach share info tentang 'Kejohanan Easy Badminton Academy'.. kejohanan ni anjuran Easy Badminton Academy.. kiranya macam perlawanan persahabatan dengan team Perodua.. sapa2 yg berminat nak join acara beregu leh letak nama.. aku suh en suami masukkan jerk nama Fateh.. aku nak dia explore dunia badminton ni.. coach bagi list nama penyertaan.. Fateh akan beregu dengan Fayyadh dalam kategori Junior..

So, masa pertandingan tu aku ikut sekali.. kononnya nak bagi semangat.. biasanya aku malas nak ikut..

Dalam pertandingan ni.. disebabkan ramai penyertaan.. program pun sampai tengahari jerk.. so, pengiraan markah hanya sampai mata 15.. dalam kategori Junior ada 8 kumpulan.. Fateh dalam kumpulan C.. Juara setiap kumpulan akan masuk ke suku akhir..

taklimat dari pihak penganjur..

perlawanan pertama Fateh.. alhamdulillah menang.. kalau kalah malu weiii.. pompuan tu..

Peringkat awal.. Fateh dan pasangan hanya bermain 2 kali sahaja.. 2 game tu Fateh menang.. lepas tu senyap.. mulalah bosan.. bila lagi Fateh nak berlawan.. yg si Fateh pulak bukannya nak tengok game2 yg ada.. at least tengoklah cara diorang berlawan.. mungkin ada teknik yg boleh dipelajari.. tapi haremmm.. boleh dia duk sebelah Arissa layan kartun.. aduhaiii.. sesekali kami suh dia ajak partner buat latihan di luar dewan..

Tak lama lepas tu.. baru nama Fateh dan Fayyadh naik semula untuk bertanding.. 

kali ni lawan agak mencabar sket.. selepas berhempas pulas.. dengan mistake masing2.. akhirnya team Fateh tewas.. takde rezeki.. tapi pada aku diorang ni memang kena byk latihan lagi.. kalau boleh kena berlatih sendiri juga.. tak boleh harapkan masa latihan di sekolah.. 

Lepas tu parent Fayyadh salam kami.. game dah habis kata ayah Fayyadh.. diorang tewas peringkat suku akhir.. ooooo.. baru tau yg tadi diorang berlawan peringkat suku akhir.. 

Rupa2nya coach dah snap gambar keputusan peringkat suku akhir dan share dalam group.. takpelah Fateh oiiii.. jadi juara peringkat kumpulan pun dah ok.. keep it up!!

Walaupun Fateh dah tewas.. tapi aku tetap nak tunggu sampai akhir acara sebab nak bagi support kat team Perodua.. nak tau jugak sapa juara kategori junior dan senior..

Peringkat separuh akhir kategori junior di antara juara kumpulan B dan kumpulan D.. yg team satu lagi aku tak tau siapa yg masuk separuh akhir..

Dan.. juara kumpulan B yg mewakili Perodua akhirnya berjaya masuk ke peringkat akhir.. 

Dalam peringkat akhir tu..  kumpulan B berlawan dengan ntah kumpulan mana tapi yg aku tau.. team tu dari Easy Badminton.. perlawanan yg agak sengit.. team B berhempas pulas mengejar mata penyamaan.. tapi akhirnya tewas sebab mistake sendiri... uwaaaaaaaaaaa... sodih den..

Bagi peringkat senior pun sama.. perlawanan akhir di antara Perodua dan Easy Badminton.. dan akhirnya team Perodua menang.. yeayyyyy!!!! hebat betul diorang main.. takut aku tgk masa diorang smash.. 

acara penyampaian hadiah.. sijil penyertaan utk semua.. piala utk yg masuk ke peringkat separuh akhir dan akhir..

Overall.. acara macam ni memang sangat bagus diadakan setiap tahun.. at least anak2 boleh timba pengalaman dalam pertandingan badminton..

Semoga Fateh dapat menimba ilmu sebanyak mungkin dalam program badminton ni..

Akhir kata.. majulah sukan untuk negara.. see ya!!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah