Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Kepong Forest Skywalk FRIM

 Assalamualaikum...

Cuti Maulidur Rasul baru2 ni.. isi masa lapang dengan beriadah di waktu pagi di Taman Botani Kepong.. selain tu nak bagi si kakak pelan2 hilangkan perasaan gayat dia..

Plan nak pergi sini dah lama tapi ada jerk halangan.. so, alang2 takde ke mana2 cuti ni.. terus beli tiket Skywalk FRIM ni secara online.. ada beberapa slot masa disediakan.. bolehlah pilih nak naik pukul berapa.. aku pilih pukul 9.30 pagi.. takut jem diperjalanan.. nak sarapan lagi.. utk info maklumat peribadi semua peserta perlu di isi ya masa beli tiket ni.. dah bayar diorang akan emailkan butiran lanjut dan kena print borang pengisytiharan kesihatan.. jangan lupa dapatkan sign semua peserta dan bawa masa pendaftaran di kaunter.. kita hendaklah berada di pejabat pendaftaran setengah jam awal sebelum masa yang kita pilih nak naik skywalk..

Alhamdulillah.. kami tiba dalam 8.30 pagi di kaunter masuk Taman Botani.. kami parking kat luar jerk.. foc.. kat dalam taman pun ada parking disediakan.. bayaran kalau tak silap RM5 atau RM6 per entry.. nak masuk kawasan taman ni kena bayaran RM1 per entry utk dewasa.. kanak2 bawah 12 tahun adalah percuma.. perjalanan ke pejabat pendaftaran Skywalk lebih kurang 10-15 minit.. kami sampai hampir pukul 9.00 pagi.. sedang molek.. nanti diorang akan panggil untuk dapatkan tiket sebelum boleh masuk.. 

kawasan taman ni besar.. ikut jer signboard kalau takut sesat.. hehehe

makcik ni dah bising.. baru jalan sket dah penat.. adoilaaa..

yeah.. sampai dah.. cepat2 ambik gambar as kenangan.. 


wajib baca!

harga tiket skywalk..

si hero tgh melatih diri jadi photographer..

serius nampak.. japgi siaplah.. hahahaha..

ni wajib ada... ceh3.. jgn mare aaa...

ok.. masa dah time.. tiket dah dapat.. jom!

si hero ngan dak kenit memang sukakan aktiviti camni.. nak ke gazebo bih kurang 3-5 minit..

makcik ni masih dup dap dup dap..

tunggu turn utk dengar taklimat oleh petugas

nak naik tangga perlu naik sorang2.. setiap orang perlu ada jarak bih kurang 1 meter.. yg lain2 tu kena ikut peraturan yang telah ditetapkan..

si hero naik dulu.. baru dak kenit.. en suami.. si kakak.. anak sedara.. dan last sekali aku..

turn si kakak.. mulut dah bising.. hehehe.. gabra..

nak lepas satu anak tangga tu.. adoiii.. letih nunggu..

we call her along.. anak sedara yang so sweet..

melekat makcik tu kat tiang.. hahahaha.. bila nak gerak kak oiiii...

orang lain dah ke depan.. dia masih di belakang.. tangan tak lepas pegang penghadang..

along as usual sporting bergambar..


puncak 50 meter.. ada caj tambahan kalau nak naik sini..

pemandangan dari atas..

along yg sentiasa tersenyum manis..


kakak oh kakak.. orang lain cool jerk.. dia tetap gementar walaupun dah nak habis pusingan..

hati2 nak turun tangga..

kecut perut makcik ni turun tangga... 

diorang dah sampai bawah dah.. aku masih kat atas menunggu turn nak turun..

muka happy dapat jln2..

Perjalanan forest skywalk ni makan masa bih kurang setengah jam depends cara korang berjalan.. kalau byk berhenti snap gambar.. lama lah sket kat atas nun.. nasib baik takde monyet masa kami naik.. kalau tidak tak taulah si kakak camna.. hahahahaha.. 

jalan2 sekitar taman sebelum pulang..



berlatar belakang tasik dan forest skywalk..

dah penat beriadah.. lunch dulu kat kedai makan belakang istana yg tak jauh dari tempat keje lama aku..

Oklah.. itu sahaja kenangan kami di FRIM.. jom bawa anak2 ke sini merasai kelainan.. see Ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah